Awek Tudung Baik Punya!

Awek tudung merupakan keyword popular carian internet. Entahlah apa dalam ingatan si pencari, rasa-rasanya tidak dengan tujuan yang baik di fikiran. Itu fakta. 😀


Klik untuk skala besar dan file 3gp awek tudung ini.

Artwork diatas, adalah hasil kerja en. Edy [facebook beliau] , dan diwarnakan oleh saya [facebook saya] 😀 Artwork ini bertujuan untuk web komikniaga.com a part of flarebiz network ,  tapi tidak jadi barangkali kerana masalah selera atau saya yang sudah tidak kena temanya.  Jadi artwork ini tidak digunakan, cuma mungkin akan digunakan untuk ilustrasi hiasan barangkali. Jadi saya letakkan disini untuk anda nikmati.

Sudah lama saya meninggalkan bidang ilustrasi atau khususnya warna digital. 1 masa dahulu saya bekerja sepenuh masa siang dan adakala malam hingga lewat pagi lantaran dateline di Majalah G3 dan Majalah Jom (almarhum :p ) di Karangkraf Sdn. Bhd circa tahun 2004-2007 kot. Jika dulu 1 artwork warna seperti ini saya boleh siapkan dalam masa sehari atau abis cincai dalam beberapa jam saja. Tapi itulah, skill akan berkarat jika tidak digunakan, artwork diatas banyak membuang masa saya, dalam 3 4 hari on off. Such a waste of time.

Hermmm.. lewat ini, saya sedikit blur dan kehilangan fokus. Entahlah.