Actually aku banyak dapat Private message, dan juga aku rasa nih soalan2 lazim yang tidak termaktub dimana2… Selain itu juga aku perhatikan ramai sangat yang tak faham English. So aku buka thread nih dan stickkan dia. Anggaplah nih untuk orang-orang Melayu yang malas nak faham bahasa inggeris. (Kalau dah sedar malas tuh rajin2 lah!.. )
INTRO!
– Pertama-tama kalinya aku akan tanya korang soalan lazim. Adakah korang dah pandai setidak-tidaknya 80% HTML?. Kalau tak pandai pegi belajar dululah!.
Pandai HTML disini bermakna bukannya anda tahu guna software untuk buat 1 laman / page ber dotkan HTML. Sebaliknya faham sepenuhnya setiap fungsi kod2 html itu sendiri!. Dan sebaik-baiknya, bab BUTANG (button) dan FORM pun anda dah faham. Jangan tanya “Mengapa!”, buang sikap bodoh bertanya sesuatu yang tidak patut! Sebaliknya cuba pandai sesuatu dengan usaha sendiri, kecuali dah tak mampu sangat-sangat.
SOALAN LAZIM SIPEMALAS BERTANYA DAN BUAT-BUAT BODO tak faham. (Aku mmg kejam ok?)
Tapi aku cuba jelaskan dalam bahasa dan perumpamaan yang paling mudah korang faham.
Apa itu PHP? .
PHP adalah Bahasa Pengaturcaraan bagi web. Ia adalah server side languange iaitu diproses di SERVER, bukan dibrowser seperti HTML.
Apa itu MYSQL?
Mysql adalah pengkalan data. (aku taknak beratkan kepala korang.. so aku declare camtuh. )
EasyPHP, PHPDEV, PHPTRIAD?
– Baik.. ini mmg masalah.. kepada mereka2 yang tak rajin membaca keterangan yang dijelaskan disetiap web mereka.. Main download saje.
Ketiga-tiga bende diatas, adalah merupakan Software, iaitu untuk menjadikan pc anda sebagai server yang boleh baca kod php. Lazimnya dalam software ini ada 3 program utama, iaitu : Apache Server, Mysql.exe, Php.exe
Iaitu 1 pakej lengkap untuk menjadikan pc anda LOCALHOST atau server buatan.
PHPMYADMIN?
Phpmy admin adalah script php yang sediabina, untuk kemudahan anda mengemaskini, membina, menambah dan sebagainya DATA kedalam MYSQL database anda.
Merupakan Interface web berasaskan php language /script.
Ape KEJADAHNYA pula :
PhpNuke, PhpBB dan beberapa nama php lagi tu? .
– Inilah masalah lazim sama seperti mereka yang taknak cuba faham dan baca berkali2 segala penjelasan MEREKA (pembina) di FAQ dekat website mereka.
PHPNUKE, PHPBB adalah SCRIPT PHP yang sudah siap. Atau lebih senang dikatakan sebagai…. Satu sistem berasaskan kod-kod php yang telah dibina sepenuhnya. Untuk dilarikan (run) diserver yang boleh baca PHP.
Jadi perbandingannya adalah seperti berikut.
Subjek 1 : PHP (Bahasa pengaturcaraan )
Subjek 2 : EASYPHP, PHPDEV, PHPTRIAD ( Software/Alatan )
Subjek 3 : PHPBB, PHPNUKE etc ( Script )
Perumpaannya..
Subjek 1 : Huruf ABCDE – Z
Subjek 2 : Kertas, Buku latihan, Pen, Pensil, Dakwat, Berus, Warna
Subjek 3 : Hasilan kerja yang siap!..
Contohnya..
ABU!, menggunakan huruf A -Z (S1) untuk menulis/melukis sebuah cerita bergambar dengan menggunakan Pen (S2). Katakanlah.. dia menyiapkan 10 keping catatan, dan 10 keping ilustrasi. Catatan/hasil kerja ini DIJADIKAN BUKU lalu ditajukkan ia : ARNAB DAN KURA-KURA (S3) .
Boleh faham?
tak faham? Ulang baca sampai 20 kali!.. Tak boleh juga? Ulang lagi 50 kali..
Kalau tak faham juga.. elok laaa, besok pegi suruh tukang gali kubur buat 1 lubang baru..
* Pos asal aku kat : http://www.webmastermalaysia.com