Antara Buat Web dan Belajar HTML

Naa… aku sudah wujudkan section baru. Iaitu tips dan tutorial. Harapnya section nih nanti aku akan muatkan macam-macam bende. Dan sebenarnya aku mmg patut adakan post aku dalam hal nih. Tambahan pula aku rasa kelebihan atau bakat aku dalam bidang ni adalah amat baik. (terserah! kalau kata aku perasan pun) . :p . So, aku akan mulakan dengan HTML, kemudian CSS, PHP, Design segalanya lah!.

Intro : Saya adalah salah seorang SuperModerator di WebmasterMalaysia.com , yang mana telahpun ujud sejak tahun 2000 lagi rasanya. Semejak itu juga saya telah memegang jawatan tanpa gaji, Hehehe sebagai Supermoderator atau lebih specific kepada moderator room Graphic & Design. (yang dah kurang aktif sekarang. ) Namun saya tetap menjawab di mana2 bidang yang saya tahu. Dan sesiapa yang selalu atau pernah masuk situ, pastinya amat tahu yang saya mmg benci dengan sesiapa buat web tapi MALAS nak faham HTML. Paling ramai ialah MELAYU!. Ada masalah table lari sikit pun terhegeh2 minta orang tolong tunjuk kat mana salah. Duh… Semua duk bergantung pada software saje, buat web dengan frontpage la, dreamweaver laa, semua laa.. tapi HTML tak pernah cuba difahaminya. Ba-se PEMALAS!.

Apa itu HTML?
HTML ialah singkatan kepada HyperText Markup Language : Teks kod hyper yang me-mekap-kan web korang. Kah kah.

Sebenarnya, kat oversea tuh, budak umo seploh tahun dah pun khatam HTML. Seingat lupe aku juga, pengasas DeviantArt.com tuh dah PROGRAMKAN WEBSITE tu seawal umur 14 or 16 tahun !!!! Kita nih budak amik jurusan IT / Sains komputer kat universiti pun duk bodo terhegeh2 tak nak belajar, lepas kuar U dapat degree, tapi haram tak tau buat ape… Lepas tuh berangan nak jadi hacker laa, berangan nak buat web best!.. SO!, dimanakah alasan atau base-point anda untuk menjadi hebat? Sedangkan akar untuk web tuh pun korang tak faham. Benar, anda mmg boleh buat web guna software, tetapi jika anda ada niat nak jadi webmaster yang pro giler, yang juga tahu database driven web, anda mesti faham asas dia ikut ceruk mana pun!.

Sesungguhnya web yang best sememangnya tidak dinilai sekadar design atau kod, saya faham itu. Ada yang glamer tuh pun gah giler tapi suruh sendiri coding tak pandai juga. Tapi tak salah kan? bukankah lebih baik kita tahu dari buat2 tahu, then bile ada masalah baru la sibuk2 nak tanya orang.

OK!.. Take it simple, ambil lah masa korang seminggu dua, masterkan diri korang dengan HTML. Nescaya korang boleh hasilkan web yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Bab-bab css segala bagai tuh aku cerita kemudian nanti (bila aku rajin).

Rujukan saya dulu : http://htmlgoodies.com