Antara Aie, Aku dan Sesuatu.

Erm, lama juga aku tak update blog aku nih. Sampaikan ada beberapa orang yang bertanya. Haha. Maklum laa, bile sibuk mengejar dateline nih.. Semuanya jadi terkejar-kejar.

Antara Aie, Aku dan Sesuatu.

Ok.. let see this picture.(Paiseh, terkantoi gambo sendiri la plak).
meaiedelight.jpg

Gambar ini diambil pada Mac 2002. Di Kelantan Delight, KLCC. Masa nih Aie adalah independent cartoonist. Masa nih dia buat Aku dan Sesuatu selepas keluar dari MOY. This is a Pergh.com gathering, and i still remember that’s my buddy ‘Agent’ (website) the co. founder of pergh.com sponsor the sebahagian besar gath tuh. Sekarang nih si Agent nih tenggelam timbul. Apelah ko nih Hasrun Sabri. :p Ops. Lari tajuk.

Ok. Bawah nih pula gambar aku(Adeh lagi) dan Aie pada Bulan Ini. ( 02 Jun 2006).
aie-aku-dan-sesuatu.jpg
* Klik untuk saiz besor.

Jika dulu aku dan dia duduk semeja kerana jemputan, juga sokongan padu maut aku pada pengkarya bidang seni nih, pada semenjak 6 bulan yang lalu sehingga ke 2hb tuh, beliaulah Ketua Department aku. (department ape? rahsia :p ) So far, ada laaa sikit rasa exited? perasan? bangga? yang aku pernah menjadi staf seorang “Legend” dalam industri nih?.. takde rasa pa pe.. rasa biasa jer yang aku rasa ialah keje separuh mati. Har Har.. Walaupun dalam jangkamasa yang tidak begitu lama, namun banyak jua yang sempat aku faham. Aik? tidak berapa lama? Yup.. Pada tarikh tuh dia telah meninggalkan kami sendirian kembali.. adeh.. Apo lah ekao nih Aie, sampai hati ekau tinggalkan den nih ha. Kontang kanting den dibueknyo. Dah la eden tak sompek nak belaja banyak2 dari ekao. Udah bronti ekau yo.. Hampeh hehehe.

Berdasarkan beberapa cerita dari bekas2 rakan sekerja beliau di dalam department ini juga, i mean ada yang pernah duduk bersama di beberapa majalah ternama sebelumnya, ramai sangat yang aku dengar berkata “Aie mesti tak kerja lama”. Stop, don’t be negative… aku bercerita atas apa yang aku dengar.. Maklumlah, setiap orang berhak meluahkan pendapat mereka bukan? . Benar, Aie memang seorang yang tidak akan lama kerja dengan sesebuah tempat. Tetapi! Nanti dulu. This is my personal judgement. (sesuai ke buh judgement? )

Aie atau Cikgu Shaari (bak kata ramai orang), yang aku kenali :

– amat komited dan bersungguh-sungguh dalam kerja.
– korang takkan jumpa hasil kerja yang cincai bancai.
– tetap mahu “lebih berjaya” dalam apa jua penghasilannya, walaupun dia dah dalam kategori legend.
– teratur dan detail dalam bab pengurusan! (maybe he got this semasa running his own business).
– tidak sukakan gangguan semasa sedang berkarya.
– setiap kerja bagi dia adalah kesungguhan.
– setiap bende yang kita buat kene ada wawasan dan halatuju.
– setiap satu cerita yang dia buat, dia tak mahu buat bende yang sama dah.
– tidak boleh duduk dalam kalangan orang yang tak nak majukan diri. (macam aku jugak)
– sorang yang bertoleransi tinggi dan sukar marah. Amat tenang. (aku rasa aku pun gini)
– sorang yang ada prinsip, setiap kata adalah “a must” dan takkan pedulik ape orang cakap kecuali sanggah dengan fakta dan point yang kukuh. (aku pun!)

Aik? takkan semua ok jer? Tak jugak.. tak semua bermakna OK. Ketegaran tuh kadang2 mengecewakan pihak lain. Contohnya, setelah diberi harapan, dan kemudiannya dia tidak dapat lihat kesungguhan orang lain dalam sealiran, maka dia akan berundur tak pandang kiri kanan. Dan ini mengecewakan juga.. mungkin bagi orang seperti aku setidaknya. Tapi ape2 pun, bagi aku.. Kalau beliau tidak begitu.. maka dia TIDAKKAN JADI Aie sepertimana Aie hari ini. Anyway brother, you’re still my no.1 in my list. Ok ape… aku ada Mentor power yang sedikit sebanyak ada kasi aku perkara2 best.

Sooner dan berita bestnya. Aku akan bina Official Website Aie. Di –> www.aiedea.com ! (belum siap daa.. tunggu contents dari dia. )

*** Sebenarnya kalau aku nak cerita, panjang yang amat bleh lagi. Tapi malas la.. Aku takut kang aku takleh benti menaip. Banyak keje tak jalan lak.
*** Rupe-rupenye… Selama nih aku ada banyak Mentor yang best2. Aku jer lum best.. Ermmmmmms. Usaha lagi Mystic!
*** Abih la aku, kantoi la sape aku sebenornye.. 😀