NOTA: Saya bercerita perihal kehidupan!
Ape hal gambar kepompong nih? Saya jelaskan kemudian..
Haha!.. tajuk aku cam sial kan? .. Tapi itulah hakikatnya.. satu perkara yang mungkin kemaluan memalukan bagi sesetengah orang.. Tapi tidak bagi aku!… Sebenarnya aku bukan tak tahu apa yang aku nak blog-kan. Tapi aku suka bercerita apa yang aku alami dalam hidup nih. Bahkan lebih dari itu, aku juga suka menginspirasikan orang-orang yang mungkin berada dalam situasi sama seperti aku. Atau juga buat budak-budak Universiti yang HILANG PUNCA dan ARAH serta jenis-jenis yang tak menghargai apa yang mereka ada. Ada beberapa kenalan, kawan baru atau lama, bebudak pergh, member kerja.. sesekali bertanya tentang hal ini. I mean about mylife and my past, so now exsclusively expose for the first time! I dun care what people said!..
Dulu aku amat perahsia. Terutama tentang hal ini, tapi macam aku katakan, aku tidak mahu berahsia lagi. Terserah! jika anda menganggap ini adalah angkara EGOIS ku. Tapi kental kukatakan disini, ia adalah untuk meracuni fikiran anda serta CABARAN pada budak-budak IPT / IPTA yang tidak sedar diri dan realiti kehidupan.. 🙂 Huh!.. Keras bunyinya bukan? Kerna ku mahu bicaraku ini dianggap serius! Bukan omelan kosong berlompongan!..
Pabila ada orang bertanya, apa yang kamu ada?.. Aku katakan, aku punyai amat banyak ilmu… (tidak termasuk ilmu hitam dan sihir tau! syirik tuh) ..
******************************************
Baik!.. Mula-mula.. aku nak mendabik dada. (Jangan baca dengan nada angkuh, please :p).. Aku adalah seorang yang ada Master, Major jika tidak Degree dalam bidang Advertising And Promotion!. Tapi itu adalah sijil penganugerahan kepada diri sendiri melalui Bakul yang ku angkat menggunakan takal.
Dalam hidup aku nih, aku berpegang pada kata-kata bonda tersayangku, Siti Ragayah Binti Mohd. Salleh. Pernah bonda menuturkan kepadaku : “Nizam, Hargailah Apa Yang Kamu Ada”. Nah.. simple kedengaran, tetapi pada hakikatnya kita sendiri dalam hidup nih gagal menghargai apa jua yang kita ada. Kita sia-siakan masa muda dengan enjoy. Kita sia-siakan masa belajar dengan bermain. Kita sia-siakan wang susah payah orang tua bagi untuk belajar dengan membeli rokok (aku la tuh).. Dan bermacam-macam lagi kesia-siaan dan tidak menghargai apa jua yang kita ada bukan? Lantaran itu, sejak bertahun dulu. Saya cuba merealisasikan apa yang terlontar dari mulut bonda ku. Menghargai apa jua yang aku ada.
Saya mulakan pada perkara Advertising And Promotion.
Saya memulakan kerja saya tidak jauh bezanya… dengan orang2 lain dan kebanyakkan. Iaitu saya bekerja sebagai Operator Pengeluaran di Kilang Samsung Electronic Display, Taman Tuanku Jaafar Negeri Sembilan. Lantaran kepenatan bekerja seharian bagai Robot di kilang tersebut yang masuknya Jam 7.00 pagi sampai 7.00 malam dengan tahap OT wajib 2 jam sehari. Dan pendapatannya congak2 tidak lebih RM1K sebulan. Penat, lelah, jerih… Sementelahnya pula, saya mempunyai partime job… bekerja di Gerai Makan milik jiran di Taman Tasik Jaya (berhampiran Senawang Business Centre). Bayangkan life saya macam nih…
Masuk kerja kilang jam 7pagi, balik 7malam.
Masuk kerja partime jam 8.30 malam sampai jam 2 pagi.
Tidur lewat jam 3 pagi.
Bangun bersiap-siap kerja kilang semula jam 5.30pagi!.. dan pukul 6.00 sudah menunggu bas Kilang warna biru flat dia NAN **** (nombor tak ingat).
Lihat? Hectic bukan? Saya cuma tidur beberapa jam sahaja sehari. Walau bagaimanapun, saya tidak menyalahkan kilang tersebut, apatah lagi brader drebar bas itu. Kilang itupun membawa saya kepada beberapa kenangan MANIS dan INDAH, walaupun saya bekerja disitu tidak sampai 1 tahun. If i’m not mistaken, it’s about 7 month.
Antara yang paling saya ingat ialah, bagaimana aku berjaya membuat seorang awek Melayu + Melanau (dipanggil AMOI). Sebab muka dia chinese look. Yang anti lelaki dan pendiam kepada seseorang yang kembali digilai ramai!… She’s the one those i still remember! Ada banyak story dia.. Malas la nak citer.. Tak habis lak kang.. Aku citer lain kali.. Anyway, skarang dia mungkin dah ada anak 4 kot.
Back to the… Then… Selepas tak tahan dengan kepenatan… Aku pun kebetulannya mencari-carilah kerja lain. Jadi aku berjalan-jalan dengan niat mmg nak cari kerja baru dekat Bandar Seremban tu. So.. Aku pun jalan laa.. jalan jalan, pinjam motor Pak Sedara aku (dia kawen dengan mak sedara aku). Lesen ada, P lagi time tuh.. Siap kene tahan polis lagi aku tau sebab takde tampal P (dah motor orang!). Then aku pun lalu laa kat The Store N.S Sdn. Bhd. Atau nama lama dan glamernya, the store lama, aku ternampak iklan :
Immediate Vacancy
Artist Wanted
Walk-In Interview.
Call : 06-********
Soo.. dengan muka selamba dan poyo aku naik la tingkat 2 bangunan tuh. Ada receptionist pompuan indian. Speaking, “Yes sir, may i help you?”.. Peh.. Skipping da… dalam gagap2 aku pun cakap la dalam manglish aku.. Yang mmgnya agak buruk tahap Nahunya.
“Yes, im look there’s an Immediate Vacancy for Artist Position at the pillar below”. (kan aku cakap, BI aku teruk ! :lol:)
“Oic. Take this form, isikan apa yang perlu.”. Sib baik dia faham aku tak pandai BI.
Tak sampai beberapa minit. Aku pun dipanggil mengadap Supervisor department Advertising and Promotion!.. Interview pun berjalan on the spot!..
“Ada bawa itu sijil ka? apa-apa ka?”.
“Takde, saya datang nih secara tak sengaja, semua sijil kat rumah”.
“Oh.. Ok, tell me little bout yourself.”.
Aku pun “Bla bla bla bla… SPM Lukisan saya gred 1, bla bla, batik, bla bla lukis, bla bla” .
“Ape pengalaman anda dalam bidang ini?”.
“Hampir tiada, saya cuma pernah dulu-dulu buat banner, buat signboard, masa skolah. Tapi buat kerja luar. ”
“OK, nmind. Awak boleh melukis? Design?”
“Saya rasa saya boleh”. Then test on the spot pun berlaku… Lexxx.. kontrol..
Beberapa ketika kemudian.
“Bila boleh start kerja?”.
“Minggu depan boleh laa.. kene hantar surat berenti dulu kat kilang”.
“OK, awak start 15hb. Gaji awak basic RM500.00 OT ada.”.
*** Person that i still remember in there. :
– CK Low (Supervisor Aku), Ah Fat / Wan Choon Fat (Ast. Supervisor), Ah She (Artist)
– Mr Lim. (Manager Besar situ yang bermula dari StoreBoy).
– Kak Habsah (Melayu cakap cina). Wan, Diana, Siti (awek melaka lawa)
– Akub, Kana, Raju, Amoi2 seksi, Bla bla Beberapa orang lagi laa.
*** Kalau tetiba diorang terbaca, kontek aku.. aku hilang kawalan.. eh.. lost contact semua!
Jadi disitulah aku memulakan hidup aku dan kerja aku sebagai ADVERTISING COORDINATOR. Murah kan gaji aku? .. Aku tidak memilih. Dengan SPM yang aku ada, apa lagi yang aku harap aku boleh dapat?. ITULAH BEZA BESAR ANTARA LAGAK BUDAK UNIVERSITI dengan orang yang tahu tahap diri dan apa yang DIA ADA!… Aku hargai, kepercayaan orang pada kemampuan aku, dan aku juga very fast learner. Kekurangan tidakkan menjadi kelebihan. Jadi berusahalah meningkatkan tahap diri!..
Antara gambar yang masih ada dalam simpanan. Sedang membuat Foam Carving.
Lama jua aku berada disitu. Bermacam2 perkara aku belajar. Dari seorang yang empty ttg Advertising, aku explore dan explore. Aku jumpe buku Advertising, aku baca, aku baca, walaupun dalam English, aku belek kamus. Janji bleh faham. Dan bermacam2 skill advertising dan teorinya aku dapat. Tunggu masa nak jalankan jika ada peluang. AKu juga belajar tentang design, draft idea, display material, promotion. EVERYTHING related. Aku tak malu walaupun panjat atas bumbung pasang Banner SALES the Store. Aku bangga, status Advertising Coordinator itu sebenarnya kedengaran amat glamer. Dan status aku juga tinggi dari Cashier dan sebagainya.. Kekalkan BANGGA dalam diri (bukan tunjuk bangga kat luar tau!.. itu riak dan berlagak). Ini kerana, bangga dalam diri adalah merupakan kekuatan dan semangat untuk kita hadapi sesuatu!..
Then.. sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun aku bekerja disitu. Kemudiannya, atas tawaran seorang mak sedara aku yang baik hati, menawarkan RM100K untuk aku naikkan petrol pump ditanah orang tua ku di kampung, aku berhenti kerja!.. Aku balik Pahang. Dengan seribu satu kenangan indah di Bandar Seremban kutinggalkan, dengan seribu harapan di Pahang yang aku dambakan!.
RM100K. Tak besar mana jumlahnya.. tak cukup pun mungkin untuk aku memulakannya.. Sebenarnya ada kisah malang lain yang berlaku.. Kita nampak indah bukan? tapi realitinya tidak begitu. Tanah ayah aku masih sangkut di Pejabat Daerah Lipis. Dari status pertanian nak tukar kepada perindustrian atau perusahaan rupanya adalah hal yang leceh. Tambah plak main bab tanah nih, goverment dan sebagainya, banyak sangat pula biroksasi, hipokrasi juga mungkin. Tak mo citer laa.. panjang plak kang..
So.. lepas tuh duk tertonggeng aku kat kampung.. Abih dah simpanan aku yang tak seberapa ribu tuh.. Jadi nak taknak, aku pun kena laa cari kerja lagi!.. Tapi aku taknak pegi jauh, aku nak duduk di Lipis juga.. So.. by that time, entahlah, nasib nih selalunya lepas BURUK datangnya BAIK… Rezeki aku… Ada pasaraya disitu nak pakai Artist. What? Immediate Vacancy!. Dan aku pun insan bertuah. Kali nih unik sikit. Aku pergi interview aku bawak sijil2 dan segala ape yang aku ada diseremban dulu.
TApi cara paling mudah aku rasa, dan aku praktikkan ialah. Aku berikan Album gambar hasil kerja aku di Seremban dulu. Termasuk dengan gambar2 aku tengah buat kerja. Akhirnya kerja itu jadi milik aku juga. Dan aku pun bekerja dengan penuh kenangan dan memori disitu. Emporium Jaya Sdn. Bhd. Sekarang dah bangkrap, sebaik saja aku berhenti darinya lebih kurang 5 bulan. Bangkrap sebab anak tokey bawak lari duit. Yang kasihannya, berpuluh2 orang kawan2 awek2 pakcik2 makcik2 tak dapat gaji terakhir diorang. Lot emporium itu juga telah di sita. Masa aku berhenti tuh, aku sudah mula menubuhkan syarikat sendiri, syarikat pembinaan dan pengiklanan. Iaitu akhir tahun 2001.
Jadi jika dihitung keseluruhannya, aku mula kerja dalam bidang advertising nih ialah dari hujung tahun 1998 – 2001 lebih kurang 3 tahun. Bermakna sudah dapat taraf Degree, cuma dalam REAL LIFE, means i got more than that, let say you double IT!.. 6 tahun. Itu tahap master!. Ape yang aku belajar?
– Buat Advertising Material sepenuhnya, dari bende secikai-cikai Banner.
– Buat Foam Carving. (Polisterine yang korang ukir jadi bentuk macam-macam, bleh tgk kat pasaraya2 bila tiba time perayaan.
– DTP artist, aku buat brochure, phamplet advertising. Aku deal dengan percetakkan, aku main invoice dan sebagainya.
– Aku jadi al-ala Marketing Exec, ye laa.. nak promosi product2 baru, mesti nak dapatkan Display terbaik, ko nak purpose kat diorang punya Sales exec etc..
– Aku jadi macai juga, aku jadi supervisor suruh staff buat keje.. Walaupun staff partime, kene tahu manage orang maa..
– Aku jadi seseorang yang mesti tahu apa yang aku perlu buat!…
– Dan macam-macam lagi….
Aku hargai apa yang aku kerja, dalam masa yang sama aku cube dapatkan apa yang patut diketahui. Bukan saja dalam KERJA, tapi bidang2 yang berkaitannya.. Aku masih ingat ayat power Mr. Yau, Bos aku kat Jaya.
“Lu aaa zam, bikin itu advertising aa.. mesti MAU TANGKAP MATA ORANG PUNYA. Sekali pandang mesti mau pandang lagi woo.. itu jam makna lu sudah jaya..” Simple kan advertising? Buat orang terpandang dan nampak. Aku suka beberapa perkara yang aku buat. Terutama bila budak tgk, dia paksa mak bapak dia tgk pulak. Baginya bende tuh menarik dan budak tak pandai tipu bila dia kata sesuatu bende itu bagus. So itulah kepuasan hati yang aku dapat. Aku juga pasti, apabila tapak utama dalam Pasaraya (selalunya space depan) dibooking tiap2 bulan bermakna sales cantik. Dan apa yang menambahkan ianya menarik ialah display material hasil tangan or idea aku.. 😉
dan setiap hari aku cuba belajar dan mencipta bende baru. Yup.. Advertising juga adalah “Mencari benda2 / idea2 baru dan fresh!”
*** Person that i almost remember kat Jaya
– Mr. Yau, Zie, Raihan, Ihan , Kak Sha, Abg Din, Awek2 aku yang jadi tak jadi. bla bla bla…. *** Ada ramai yang dah tah kemana…. dalam hidup kita nih, ada orang kita jumpa semula, ada orang kita takkan jumpe sampai bila2 dah.. Innalillah.. 😉
*****************************
ITULAH sebahagian dari cerita aku, yang mungkin BOSAN atau menyampah untuk dibaca. Tapi aku pasti ADA yang mengambilnya sebagai satu inspirasi, sebagai satu perkara yang menggerakkan dirinya kearah lebih baik.
Lihatlah rama-rama (Gambar utama pos ini) yang keluar dari kantung kokonnya, susah dan payah keluar dari kesusahan itu banyak mengajar ia bagaimana untuk TERBANG!..
Jika anda boleh berjalan, mengapa anda duduk saja? (macam kebanyakkan kita)
Jika anda boleh berlari, mengapa anda berjalan?
Jika anda boleh terbang??? Mengapa sekadar berlari???
Kejarlah dunia itu sepertimana kamu hidup 1000 tahun lagi. (Yang nih orang kita melayu tak buat). Beribadatlah sepertimana kamu akan mati esok hari!. (Yang nih pun kita tak buat!).
HABIS? Soal diri kamu! “Apakah yang kamu hargai?”
NOTA : Aku tidak belajar di University! Okeh!. Maaf jika kelihatan bodoh!. 😆