Aku sudah menjadi menjadi seekor tikus? Dan snippets ke – 2

Wah… dah lapuk dek zaman dah blog gue ini. 😀 Dah 2 bulan sedar tak sedar sejak pos terakhir!

“Pemalas tul la ko nih mistik!” – kata encik F.
“Dah bukan stakat bersawang dah nih bro, dah berhantu!” – Miss U kata.
“Bro! bile mau apdet blog? ” kata pakcik C pulak.
“Ko membebel apa2 je, merepek ape2 je laa.. suka gak aku baca…” kata datin K plak. 😀

“Gampang~~~” –  Kata aku dengan lancang (tapi diorang mana dengar, sebab semua tuh kat YM atau kat komentar saje…  Hehehe. xoxoxo (tah mende kejadah xoxoxo bdak2 manga. macam sial xoxoxo)

Aku dan Abu (Drama Kami)
Aku dan Abu (Drama Kami)

Sebenarnya…. nih la tebiat aku, atau mungkin kebanyakkan manusia juga… Masa takde, nak gak ada… tapi dah ada… tak reti plak nak jaga awek sampai dah kawin dengan orang lain. Tuh ler pasal… Kadang2… cakap kemain la.. nak buat itu.. nak buat ini.. akhirnya…. wassalam.. Mmg, susah nak komitmen bende2 camnih. Mungkin.. mungkin sebab blog nih tak menghasilkan ribuan RM sebulan. Cuma RM80,000 puluh2 ringgit sebulan kalau ada. Itupun kalau ada la…. rasanya takde. 😀

Blog personal ini, seperti taglinenya… “Aku punya suka lah!”. So… gitu la… Blog personal ini kononnya nak letak portfolio.. tapi lazimnya tempat meracau aku. (well.. itu sepertimana artikel aku ‘10 Sebab Untuk Blog‘ dalam Majalah Pc dulu = Blog sebagai terapi emosi. Betul la tuh kan! Tapi takde la maksudnya aku sedang sakit mental nih… 😮  )

So.. nih lah snippets bulan2 lalu : )

Julai  2008.

1 – Aku pun dah tak ingat sangat apa aku buat bulan Julai. Aku rasa.. aku agak down bulan Julai.. dan bulan Ogos juga.

2 – Tak ingat dah.. kecuali pergi dan balik kerja je.. Oh God! What a tipical life I had now!. What? A racer in a ‘Rat Race!’. Just like others?.. My desire to do something for my future life’s now getting weaker! DAMN! I hate this.. It’s just not me! Noooo… I have to find myself back!

Berlumba macam tikus pusing-pusing setempat juga.
3 – Buat design Emagazine Majalah IM macam biasa dan lambat siap jugak (duh!).

4 – Tak ingat dah.

Ogos 2008.

1 – Sibuk dengan kerja2 opis jugak. Terutamanya montaj kat pos bawah nih. Dah sibuk dengan events tersebut tentunya.

Clubbing?
Clubbing?
..tapi gue suke Nia Ramadhani! ^_^
...tapi gue suka Nia Ramadhani! ^_^

2 – Semua orang di seluruh pelusuk Malaysia sibuk dengan Permatang Pauh. Yang menang berkokok merata2 macam beruk dapat bontot bunga. Yang kalah tersipu2 malu dengan berwajah ‘bera dan kanyor’ (pahang slang yang bermaksud, muka naik tebal setengah inci dan terasa kebas. Yang pasti sangat juga, ramai orang jadi buah bidak catur yang digerakkan dipapan bernama ‘mind game’.

Yang kemudiannya.. dia punya komen analisis! Peh.. kalau tak mencarut atau mengkritik ala-ala drama telenovela bawang merah bawang putih (yang wataknya bodoh2 belaka tuh lah!)… mesti dia menyumpah sana dan sini sambil menjerit2 marah dengan pitching terlampau!. (tahap akal budak terencat yang terencat)

3 – Kalau dah fanatik tuh.. fanatik gak.. tak kire la duk sebelah mana yakni, anal-isis berkiblatkan parti mana dia duduk bukan anal-isis fakta apatah rasio-nal tapi mengaku mereka sangat anal-itikal. (seperti mana ulasan Dr. Aisar Yee Abdullah dalam Akhbar Sinar Harian yang sentiasa amat menarik untuk dibaca)

Sebenarnya, pada pihak mana kita berada, kita bersikap tidak rasional. Kita cenderung mengenepikan kebenaran. Kita lebih berat untuk berpihak kepada pendirian parti pilihan kita.
KITA TIDAK BERSIKAP RASIONAL <klik sini>

4 – Buat design Emagazine Majalah IM macam biasa dan lambat siap jugak (duh!).

5 – Tak ingat dah! cuma… ada 1 lagi… Merdeka yang sangat suram!.

Bulan september plak… ah… aku buat pos lain lah!