Sindrom Keletihan Terlampau?.
(nota – ini penulisan aku yang amat panjang)
Rupa-rupanya… aku ini sakit… Mula-mula… aku tak percaya ada wujudnya penyakit nih… Sampai la aku terbaca selepas aku meng-google-kan beberapa perkara yang terjadi pada diri aku.. aku jumpa lah bende nih.
Itupun setelah aku terbaca 1 artikel semasa aku mengupdate majalah Mingguan Wanita punya website (yang aku design) sebagai tugas rutin mingguan aku di pejabat. Artikel tersebut menceritakan tentang perkara-perkara ini…
So aku rasa… aku kemungkinan besar mengalami penyakit ini. Sebenarnya… aku masih khilaf antara penyakit ini (keletihan terlampau) atau kemalasan terlampau. Tapi aku rasa, aku nak kata aku malas terlampau… tidaklah.. malas sikit-sikit tuh mungkinlah ada. Ye lah.. sapa-sapa pun mesti ada malas.
Sindrom Keletihan Terlampau atau Sindrom Keletihan Kronik atau dalam Englishnya… Chronic Fatigue Syndrome (CFS) (rujuk wiki disini : Chronic Fatigue Syndrome ) Penyakit ini bukanlah bersifat penyakit-penyakit seperti biasa, penyakit ini bagi aku luar biasa untuk di-istilahkan sebagai penyakit.
Beberapa perkara lazim yang diceritakan banyak benar terjadi pada aku. Antaranya..
Sakit seluruh badan dan sendi. Kesukaran fikiran, kronik, kelesuan mental dan fizikal (exhausted) dan berkaitan kesihatan tentunya.
Walaupun dikatakan penyakit ini lazimnya menyerang perempuan 4 dari 1000 berusia atas 40 tahun di Amerika (kat Malaysia manade orang rajin buat kajian macam nih!.. ) Orang kita lebih suka ambil tahu bende2 yang berkaitan politik, harga minyak, 3gp melayu, cerita anak-anak haram punya telemovie dan sebagainya). Aku percaya penyakit nih boleh menyerang sesiapa saja asalkan cukup sifat dan syaratnya… terutama di negara-negara baru nak maju atau yang hidupnya hectic.
So aku rasa… dalam sesetengah keadaan, aku mmg tidak hidup normal… seperti orang lain. Mungkin selain Amerika,…. Manusia-manusia di Jepun, Singapore, Hong-Kong pun ada ramai sakit nih.. cuma macam aku cakap, diorang bukan ada masa sangat nak layan buat kajian bebende camnih… Sebab hidup diorang sibuk cam korang-korang semua gak. Kalau dikaji.. mungkin di negara-negara tersebut boleh keluar statement 100 / 1000 orang! Sape tau!.
So sebelum tuh, aku bongkar siapa aku ini pada sebahagian sifat. (Snippets mode)
1 – Bende nih dah lama jadi pada aku… Sampai 1 masa, aku bleh duk jadi termenung blank , tapi otak aku berfikir… cuma kadang2 aku tak tahu aku sedang memikir ‘kotak yang kosong’. Tapi bukan aku gila. 😀
2 – Aku mmg seorang pemikir yang kuat. Aku mampu berfikir dengan berpuluh2 langkah kedepan dengan pelbagai kepelbagaian. Dan aku mmg suka berfikir. Semasa test MBTI (you all have to learn this – A MUST) , aku mmg seorang termasuk dalam kategori THINKER, bukan EMOTION punya manusia, tapi masalahnya aku mungkin ada 9 dari 10 THINKER dan cuma 1 sahaja EMOTION. Sebab itu ada agak ramai orang kata aku ini orangnya hati batu.
3 – Bayangkanlah jika aku bekerja dalam situasi 10 orang, 9 darinya adalah emosional punya orang, maka pastinya semua keputusan aku adalah ibarat membunuh mereka dan menganggap aku sorang yang sangat kasar. Aku seorang yang sangat strong standing pada pendapat aku, jika tak bersetuju… sila senaraikan point kan dengan factual atau logik yang tinggi.
4 – Untuk menguatkan hal ini, aku pernah berkawan dengan beberapa orang Motivator trainer (well.. diorang mungkin bukan tahap dewa punya), tapi lazimnya dalam pertengkaran motivasi, 9 dari 10 pasti kalah dengan aku dengan akhirnya berkata “Oh.. betul tuh nizam… “..
5 – Saya adalah seorang manusia yang mampu mempengaruh subjek manusia dengan perkataan dan percakapan. (tetapi saya tidak berminat jadi ahli politik 😀 ).
6 – Saya lebih suka buat hal sendiri.
So… apa yang berlaku pada aku?
1 – Sejak lewat tahun lepas atau awal tahun ini. Aku disahkan doktor menghidap asma, atau lelah dalam bahasa mudah. Sejak itu, aku rasa aku mudah mendapat sakit ini. Tapi laterly aku mampu mengawalnya. Aku tidak pernah mendapat penyakit ini semasa kecil, tiada juga sejarah keluarga aku ada mende nih.. cuma anak sedara sulung aku pompuan jer ada sakit nih . 😀 . Aku digalakkan doktor mengurangkan pengambilan karbon dioksida, dan cuma memberikan ubat makan. Inhaller juga tidak digalakkan. So peluang pulih masih ada banyak. (terutamanya jika aku berenti pengambilan karbon)
2 – Sebenarnya aku dah lama juga mengalami sakit-sakit badan, kawan yang pernah duduk ngan aku seperti sham razi (update la blog weh!), tahu betapa setiap kali hari cuti. Aku akan mengalami sakit2 misteri (bukan buatan orang). Dan dalam setahun, aku seakan ada circulation penyakit yang sama. Pernah aku 2 hari tidur banyak dengan keadaan tak selesa. Ada juga aku sakit kepala sampai berminggu-minggu tak ok ok.
3 – Aku pernah alami kronik dan ia berulang. Tapi ia tidak berterusan, cuma ada masa-masa. Bila aku sukar tidur, aku kan buat sesuatu supaya aku mengantuk.. antaranya main game.. Tapi dalam masa yang sama aku akan mangambil dos karbon berlebihan dan ini pasti mengundang akibat satu benda lain.
4 – Aku pernah beberapa bulan tidur cuma 2 jam atau 3 jam sehari. samada aku tidak membuat apa-apa, atau aku membuat kerja freelance atau sebagainya. Aku sangat banyak bende nak dibuat. Kadang-kadang bila tiada apa nak dibuat pun, aku still tak boleh tidur normal. Aku terasa orang yang boleh tidur pukul 10 malam adalah orang yang tidak normal sebenarnya.
5 -Aku alami keadaan bilamana hendak berbuat sesuatu misalnya design, aku gagal memikirkan apa-apa yang bagus. Walaupun orang tahu aku mendesign dengan ‘jiwa’.
6 – Aku adalah orang yang perceiving, iaitu mampu membuat sebarang kerja last minit. Tapi aku selalu mengharapkan aku berjaya siap awal.
7 – Bila aku rasa aku sakit-sakit badan, aku akan baring-baring dan kemudiannya aku akan tertidur. Kerapkali juga aku bangun tidur dengan tangan aku hilang. Sebenarnya ia kebas sehingga tidak rasa kewujudannya. Ini adalah aku tidur dengan tangan dibawah kepala, yang selalunya menggagalkan aliran cecair merah mengalir dengan baik. Badan aku selalu panas malam-malam. Tapi kalau aku tidur dibawah kipas, aku pasti tidak selesa diwaktu pagi. Aku tidak pernah rasa cukup tidur.
8 – Ada orang kata, hidup nih sampai bile pun tak cukup masa. So kene buat gitu lah.. ginilah ikut cara dia cakap konon… Tapi bagi aku, orang yang kata tuh perasan diri dia cool.. dan nak menjadikan diri dia cool dari orang lain. Sebenarnya dia pun tak cool lansung!. Dan tak payah la nak tunjuk hebat macam pandai sangat nak mengatur masa orang.
9 -Aku dudk depan PC rancang nak buat macam-macam bende, last2 idea tah kemana, otak tah kemana, blank, blur dan segala bagai. Bukan sekali.. tapi banyak kali… Creative side tuh tak keluar yang terbaik. Adalah idea sempoi-sempoi.. masalahnya aku bukan jenis mudah berpuas hati!..
10 – Aku masih ada terlalu banyak bende nak dibuat.
Dah cukup lah tuh, banyak sangat bongkar diri menjadikan aku seorang yang bermasalah dan tidak cool. Tapi aku tak pernah risau aku tidak cool. Cool bukan satu bende best kecuali jika anda orang metro-sexual yang selalu nak rasa diri cool.
Selepas raya, aku asyik sakit-sakit badan. Sakit jenis ini tidak mungkin di beri MC oleh doktor. Aku rasakan aliran darah aku bermasalah. (Sesetengah orang suruh ambil ubat itu, ubat ini. Ubat MLM ini bagus ubat ini bagus – ye lah.. kepala mak bapak korang lah… korang nak dapat komisyen MLM jangan ngada2 nak promot2 kat aku )
Aku kemudiannya ber-urut dengan sorang member selama hampir 2 minggu. Boleh katakan setiap hari. Walaupun dia mengurut tidak sehebat tukang-tukang urut yang hebat. tapi bolehlah… dengan skala kewangan terhad dan atas nama kawan2 (tukang-tukang urut komersil yang ada pun susah untuk dipercayai zaman nih – itu tidak termasuk ayam yang mengurut). Bagus juga.. aku rasa selepas lama aku berurut. Ada sikit kebaikan dengan darah aku macam mengalir lebih baik. Paling-paling tidak aku mampu tidur lena seminggu dua nih.
Aku seorang yang tahan tekanan dengan tinggi mana pun. Aku seorang yang mampu ketepikan tekanan walau dari sapa pun. Aku bukanlah seseorang yang mudah tertekan. dan… aku juga mampu memberikan tekanan kembali kepada orang yang menekan aku. Aku amat yakin aku orang yang mampu mengawal dan mengatasi tekanan.
Selama ini, aku terlalu banyak buat kerja. Bermacam-macam kerja aku buat sebagaimana bermacam-macam benda aku pandai.
Selama ini aku selalu tak cukup tidur, jadi aku akan tidur walaupun aku tak sepatunya tidur.
Selama ini aku hanya akan buat-buat-buat… Sekarang aku tak peduli.. apa nak jadi-jadilah.. aku tak sanggup dah biar badan aku camnih.
Selama ini aku pikir then buat fikir then buat.. Tapi skang kalau dah tak bleh nak pikir.. aku takkan fikir.. Aku akan tidur!..
Selama ini… aku berkerja 10 kali lebih dari orang lain..
Sekarang ini… aku sedang cuba memulihkan kembali diri aku… cuma aku harap ia kembali dengan segera… bukan lambat-lambat. Sesetengah hal, aku terpaksa abaikan… aku tak mampu nak handle.. aku nak tenangkan kepala otak aku. Aku nak refresh mental kontang aku… AKu nak revive energy fizikal aku…
Aku mahu mengatur semula hidup aku yang dah agak kucar kacir sangat sekarang nih. Aku kene mengatur balik kewangan aku nih. Aku nak cari duit banyak2 tahun akan datang nih. Aku nak kutip hutang2 piutang aku yang orang tak bayar. Aku nak… apa2 lagi lah..
** besok aku cadang nak pi beli pil vitamin.
_________________>8___
Update:
**** Aku dah tulis nih lama.. tapi tak pos2.. so aku pos je la tanpa edit.
***** Sekarang aku dah rasa semakin sihat..