Pengalaman saya dalam dunia web ini, saya kirakan sudah mencecah hampir 10 tahun. Saya masih ingat saat saya bertatih mempelajari HTML satu masa dahulu. Dahulu untuk mencari tutorial percuma bukan benda mudah, tambahan pula saya rasa pada waktu itu tidaklah banyak web dibina sebanyak yang ada sekarang.
Web Pertama Di Dunia!
Invented by Sir Tim Berners-Lee & Robert Cailliau [wiki link on name]
Ada di Muzium W3C : http://www.w3.org/History/19921103-hypertext/hypertext/WWW/TheProject.html
Web pertama wujud pada tahun 1990 (diusahakan sejak 1989). 😮 (Oh! Baru kaoooo tau ke?)
Sekiranya saat saya belajar pasal web itu (circa tahun 1999) cuma ada 500,000 bilangan web, saat ini dilaporkan pihak2 tertentu sudah wujud hampir 300,000,000 (3 ratus juta) web dalam dunia. Dengan anggaran kiraan beberapa TRILLION webpage! 😮 😮 😮 . DAN! setiap mili saat, bilangan itu bertambah! Nah! Bayangkan itu. Sori bro… lu cuma 1 daripada ber-trillion hehe..
(sekadar sumber bacaan : CNN articles – tuh pun tahun 2010 punya)
Jadi tidak perlulah kita nak dapatkan statistik yang tepat sebab ianya agak mustahil…. T_T . Ok! dah melencong, kembali kepada tajuk.
Dulu, saya bertatih, dengan tiada guru melainkan internet… SERIOUSLY. Pada waktu itu seingat-lupa saya, google belum menjadi ‘search engine segalanya’ seperti hari ini. Sebaliknya pada waktu itu yang dominan adalah Yahoo…. dan MSN (kerana hotmailnya) . Google bertatih2 lagi masa tu, agaknya masih pakai napkin 😀
Walaupun ada yang pandai MSpaint, photoshop adalah perkara agak sukar difahami saat itu. Tutorial yang ada amat terhad, dah tuh plak, bayanglah dengan hubungan internet cuma Dial-Up, nak membuka laman page tutorial yang banyak gambar bagaikan 1 mimpi ngeri. 😀 Tetapi barangkali kerana MINAT ataupun PASSION, saya gagahkan juga. Dan hasilnya dengan malas2 itu inilah apa yang saya mampu sekarang. ( bleh la nak idup )
Apa Itu Web Developement?
Dalam dunia web developement, atau pembangunan web… Ada beberapa pecahan lazim:
1 – Web Designer (Of course kene designlah)
2 – Web Styler ( CSS itu Cascading STYLE Sheet!)
3 – Web Programmer (Backend, PHP, ASPX, JSP bla bla and so on) .
Semasa saya mula2 nak belajar css, sebenarnya saya belajar PHP dulu. 😀 Bagi yang tak paham PHP, bleh refer post lama saya sini [Apa Itu PHP] *NOTA: Post itu adalah pos lama, barangkali sudah ada yang tak relevan dan ketinggalan zaman.
Selepas saya pandai ASAS PHP, saya pun pernah membuat system sendiri walaupun carca marba. Tapi time tuh tak banyak web hacker cam skang, so takde la kene hack hehe… Tapi programing ini kerjanya agak gila dan tension!. Patutlah saya mula beruban pada usia remaja T_T…
Setelah itu, CSS muncul untuk memudahkan kerja2 layout saya. Selain HTML yang tentunya wajib belajar bagi pembina web. Kalau tak, lu…. web developer…. CELUP derrr… Sekarang 2012 ini, sudah masuk HTML5 dan CSS3 . Apa tuh? Pergi study, jangan duduk tahap lapuk tak berkembang.
*takde pun logo css3, aku bantai wat sendiri je tuh hihi.
Ok… gua tak mau citer dah, penah la otak taip bab teknikal nih… wat sakit otak jer. Cukup la aku pandai sorang2 daripada mengajar korang secara free ghehehe…
Berikut aku nak save sikit design aku yang baru buat kat sini, mungkin untuk simpanan di nikmati balik beberapa tahun akan datang muahaha…
Lewat awal bulan lalu, aku mendesign new layout untuk Pergh.com , harta yang di pegang jaga selama lebih 10 tahun.
*klik untuk versi super besar!.
Selain ‘mainpage’-nya, juga sedikit touch-up dilakukan bagi forumnya.
*klik untuk versi the supa dupa besar.
Bagi web ini, saya membina sepenuhnya theme berdasarkan kemahiran yang ada. Agak sukar bahagian programming dan css codingnya, pecah kepala jugalah…
Dan juga web bagi company atau Head-Quarters bagi syarikat saya di www.pergh.net . Tapi lepas dah buat rasa tak suka pulak design ni, nak design balik ah… cuma simpan sini dulu.
OK!.. That’s all for today. besok… aku akan cerita lagi.. tentang apa ya…. hermmm..