Designers block. Ada gak orang kata nama dia Blank Screen Syndrome. Itulah yang berlaku sehari dua nih.
Ini lah yang aku rasa menyerang aku sehari dua nih, aku jadi blur, nak buat ape pun tak tahu. Bile dah tensen sangat aku pun main game dan merapu2. Tapi bende nih tak boleh berlanjutan. Bahaya bagi perahu2 kecil kerana ombak dan angin kencang (pulak).
Sebenarnya, designer’s block adalah 1 istilah yang digunapakai 1 dunia. Which is specifically untuk bidang2 kreatif yang biasanya berkaitan seni visual. So, bagi bos bos yang konon2 macam terel, kalau korang tengok kadang2 staf yang keje bahagian nih dah 2 3 hari tak buat kerja, maka jangan terus suka2 tembak. (Tapi kalau dia mmg tiap2 hari camtuh, elok la buang je keje, tuh nama dia pemalas hahahaha) .
Designers block membawa maksud antaranya;
Orang lain nampak ;
– Duduk depan komputer nak buat kerja, tapi takde apa yang wujud kat screen tuh tak kiralah apa software pun samada photoshop, illustrator dan rakan2 sewaktu dengannya.
– Lepas bukak file kosong, conteng2 bende2 merepek, pastuh tutup tanpa save.
– Duduk termenung2 depan komputer, buka web sana sini cari idea tapi tak kunjung2 tiba.
– Ada gak kadang2 dah buat keje tuh 3, 4 jam, tapi delete, atau tutup tanpa save.
– Buat keje sikit, merayau sana sini.
– Ada gak kadang2 tido. Ada!
– Dan banyak lagi sebab2 lain yang aku tak terpikir buat masa nih.
Bagi designer’s side plak;
Kadang2, design yang kita buat tuh, pada mata sesetengah orang mungkin dah ok, pada tahap dan kualiti yang sebenarnya not bad. Cuma mungkin dah selalu sangat buat design yang hampir sama, kita rasa macam… macam “ah bosanlah”.
– Kadang2 buat tuh ada jer rasa itu tak kena, ini tak kena.
– Kadang2 kita rasa macam dah banyak kali buat layout dan susun atur yang sama.
– Bahkan kadang2 terpikir macam “Apa dah takde warna lain ke nak pakai” Â time mendesign tuh.
– Kalau buat web plak, rasa2 macam block dan layout yang sama je. Tapi pakai susun atur yang lain rasa pelik.
– Kalau buat video pulak, rasa cam balik2 effect tuh, tak kire la pakai After effect ke, final cut pro ke ape ke.
Actually bleh apply kepada semua bidang creative visual, mesti sebarang designer multimedia, video, magazine or whatever it is, mesti pernah berlaku bebende camnih. Sampai boss yang bukan bidang creative menganggap staff tuh malas agaknya. Kadang2 bende nih boleh lanjut seseminggu dua, ada yang lebih bergantung persekitaran dan jugak faktor2 tambahan lain juga boleh melanjutkan syndrome nih (agaknya macam gaji tak naik2, boss asyik suruh jer, client pelik2 dan cerewet tahap cipan sampai 1 garis senget 0.01mm pun nak suruh edit, pc tak cukup power nak render video, kompeni kedekut nak mampus etc… 😀 ).
Tuh la, kadang2… Mungkin pasal orang kreatif nih dia berfikir lain dari cara orang biasa. Bende nih sebenarnya agak mimpi ngeri, nak jelaskan pun susah.
Mungkin…. cuma designers yang paham.