Tips trafik untuk blog. – Updatelah selalu!
Mungkin itulah ‘nature’ ber-blog. Saya kurang pasti, adakah salah satu dari Google Algorithm dalam membaca blog. Adakah ia mempunyai algorithm membaca tarikh terakhir post dalam sesuatu blog atau tidak.
Ini kerana, walaupun 1 masa blog kita mempunyai kedudukan yang tinggi bagi sesuatu keyword, lama kelamaaan rank tersebut akan jatuh dengan sendiri. Barangkali kerana lebih banyak info berkaitan keyword tersebut di blog yang baru dikemaskini memungkin ia membaca info tersebut sebagai lebih terkini. Juga berdasarkan content pada keyword tersebut yang mungkin belum ada duplikasinya.
Apa2 pun, blog yang dah lama usianya, ada penuh dengan pelbagai perkataan yakni juga keyword. Sudah tentu blog yang bertahun2 dan punyai lebih banyak pos mempunyai lebih banyak perkataan daripada blog yang usianya 2 bulan. Namun faktor kekerapan ber-blog juga akan menjadikan blog berusia setahun mempunyai lebih banyak pos dari blog yang sudah 5 tahun tapi update sebulan cuma sekali. Heh! (cam blog aku lah.. ala.. blog korang pun mungkin sama).
Jadi, selain faktor tersebut, tambahan trafik akan berlaku apabila blog2 yang selalu dikemaskini berbanding yang terbiar. Kerana trafik dari regular reader akan kerap melawat. Jika harapkan pada Organic User (dari search enjin dan link2 contohnya), ia masih membantu tetapi jika digabungkan keduanya maka hasilnya tentu jauh lebih besar.
Soooo…. konklusinya…. updatelah setakat termampu huhu..