Kerana semalam sudah pun berlalu sementara esok masih boleh dirancang.

“Sudahlah, yang lepas itu sudahlah… tiada gunanya untuk diangankan wujudnya mesin masa” kata Dato Pujangga.

“Justeru apa salahnya jika saya mencipta mesin masa Dato? Bukankah itu wawasan yang agong!” sanggah Prof. Saintis  sambil membetulkan spek matanya.


(gambar sekadar hiasan :p )

“Ya! Sememangnya jika kamu berjaya menciptanya, 1 dunia mengaguminya…. Tapi jangan lupa, barangkali kamu juga adalah sebahagian dari berjuta2 saintis diluar sana yang MEMBUANG MASA mencipta mesin MASA itu!” Dato’ Pujangga berujar tegas dengan jelingan sinis.

“Ah dato’ mengapa perlu fikirkan pasal mereka yang gagal. Sudah adatnya dalam 1 kejayaan ada beratus-ratus kegagalan dibelakangnya… Dengan mesin masa prototype versi 76.0.3 beta ini, saya yakin keberhasilannya dalam masa terdekat.” balas Prof. Saintis dalam getar suara sedikit tidak puas hati.

“Jika berjaya nanti, saya mahu mengubah sejarah dan perkara lepas, banyak yang boleh saya lakukan dato…”  tambahnya lagi kerana masih tidak puas hati…

“Saya tidak menghalang kamu berjaya, saya menyokong sepenuhnya. Masakan tidak, sudah berbillion wang saya sumbangkan kepada Fakulti Saintis Genius Negara ini…” potong Dato Pujangga sebelum Prof. Saintis sempat menghabiskan ayatnya… dan menambah lagi,

“Cuma.. saya kurang faham 1 perkara…”

Prof. Saintis berpaling memandang Dato’ Pujangga beriak wajah ingin tahu dan tertanya-tanya tentang apa yang mahu dinyatakannya.

“Saya kurang faham 1 perkara…, Mengapa semua bercerita mahu kembali ke masa silam, untuk membetulkan KESILAPAN dan KESALAHAN, sebaliknya pergi ke masa depan untuk… ”

Kaboooommmm!!!….

p/s: *sebenarnya nak bercerita blog dah lama tak update, jadi takmo guna mesin masa yang dah siap nih untuk kembali ke masa lalu. hahaha