Hahaha!.. Banyaknya kerja aku. (Kerja tetap adalah keutamaan dalam apa segi sekalipun). Namun aku percaya, kerja sampingan adalah WAJIB pada zaman sekarang ini. Ini adalah kerana, tanpa kerja sampingan, kadangkala sukar untuk kita mendapatkan sesuatu yang kita mahu. Maklumlah, gaji kerja tetap adakalanya habis begitu saja membayar bill sana sini, hutang sana sini, loan sana sini.. dan tentunya kad kredit punya hutang jugalah!.
Mujurlah saya berjaya wujudkan batasan diri dalam menggunakan kad kredit. Bagaimana? Entahlah, bagi saya.. walaupun kad kredit asas dihadkan penggunaan sampai RM3000, saya elakkan diri saya berhutang melebihi RM1000. 😀 Alhamdulillah, sehingga kini, saya tiada masalah lagi dengan kad kredit saya.. Hutang(swipe) dan pakai bila perlu sahaja.
Ada banyak kelemahan bagi ramai orang berkaitan perihal kad kredit ni. Selalupun kerana menurutkan nafsu dan kadangkala sebab nak menunjuk-nunjuk 😀 . Ingatlah, bahawa sesungguhnya : Orang berhutang adalah orang yang lemah.
Apa-apapun, tujuan utama aku buat kad kredit bukan untuk berhutang! Sebaliknya untuk BUAT DUIT melalui dunia luas Internet. Mengaktifkan akaun2 online dan sebagainya.. 😉
Oh ya.. berbalik pada tajuk, ape daaa… selalu lari tajuk aku nih.. (kuk! sengkeh kepala sendiri). Saya punyai kerja tetap yang agak bagus, walaupun pendapatan saya hanyalah lebih kurang orang lain juga. Namun saya bersyukur yang amat, apatah lagi saya selalunya bernasib baik dapat berkerja di dalam bidang yang saya sukai dan minati. Itu selalunya memberikan saya kelebihan dari segi kepuasan hati dan naluri 😀 bleh gituh dech!.
Kerja sampingan saya lakukan tanpa menggangu kerja tetap saya, selagi ia halal dan tidak menggangu tugasan harian, pastinya tiada salah. Apatah lagi bagi orang yang punya cita2 dan kehendak yang tinggi nih.. Alhamdulillah, banyak hasilan dari kerja sampingan dalam beberapa bulan ini memudahkan urusan hidup, memberi sedikit keselesaan dan bermacam2 lagi. Cuma apa yang boleh saya katakan, saya lebih gembira jika dapat meringankan bebebanan kedua orang tua saya yang amat saya sayangi.
Lewat balik raya hari tuh, sekurang-kurangnya saya berjaya memberikan RM1K (tidak besar sangat jumlahnya) untuk bonda saya memulakan perniagaan Kedai Makan. Sebenarnya, ayah saya mempunyai sebidang tanah di pinggir jalan yag berpontensi besar. dan itu jua adalah salah satu cita2 saya untuk membangunkan tanah tersebut. Jauh disudut hati saya selalu berharap dan berdoa serta berusaha semoga cita2 saya akan tercapai.. sebaiknya sementara kedua orang tua saya masih ada. 🙂 Insyaallah.
Menjadi anak sulung dalam keluarga adalah kebanggaan. Tanggungjawabnya jua adalah kebanggaan saya. Dan menjadi abang kepada adik-adik jua adalah kebanggaan saya. Tiada sekalipun saya anggap ianya bebanan atau halangan dalam apa yang saya ingin lakukan..
Jadi! Yang penting, BEKERJALAH! dan jangan lupa jua , berusahalah dari sudut lain jua.. bak kata pepatah inggeris yang glamer :
DON’T PUT ALL YOUR EGGS IN ONE BASKET!
(tolong jangan translate kepada : Jangan letak ‘telur’ anda di dalam raga .. please :p )