Cerita Antara Impian, Nasib dan Takdir.

Hehehe.. tajuk kash pelik2 giteh (loghat pahang).
Aku sebenornya nak sangat menaip mengapdet belog aku nih. Tapi selalu pun tinggal niat ajer. Ciss.. Apelah, blog sendiri pun tak boleh nak komitmen.. Takper.. aku masih komitmen pada kerja aku.. 😉

Bulan Ogos dan September, perjalanannya agak panjang bagi aku. Macam2 bende yang berlaku. (ape laa yang aku nak taip nih… ) Ermm.. opis aku cam biasa.. tapi ape yang aku perasan lately nih macam dah hilang ‘sense dan vision’. Entahlah.. Kadang-kadang, aku yang pernah menjadi manager kepada Syarikat sendiri nih punyai satu pandangan yang jauh berbeza dari orang lain. Bukan nak mengangkat diri, apelah sangat pada syarikat aku yang tidak berjaya itu. Tapi aku bangga, aku pernah mencuba (dan masih mencuba sehingga kini).
Mungkin dari segala apa yang pernah aku hadapi, menjadikan aku sorang manusia yang tidak pernah putus asa. Selain tuh juga, aku rasa tekad dan semangat dalam diri aku tak pernah sekali pun hilang. Tetap ada sampai ke hari ini.

********************

OK! Back to the topic mystic!

Kadang-kadang, pernah aku bertanya.. pada diri.. adakah aku sorang manusia yang gagal? Tapi selalu berkata-kata dan memberi komen seakan-akan aku sorang yang sangat berjaya. Mungkin, mungkin pada sesetengah orang…

Al-Kisahnya 3 jenis ‘orang’ :
+ Ada orang dilahirkan dengan kehidupan yang sekadar menjadi impian orang lain. Tapi selalupun tak ramai yang hargai..
+ Sesetengah orang pula, hidupnya mengejar impian.. walaupun ntahkan ada, entahkan tidak rezekinya mencapai impian. Tapi mereka tetap mengejarnya.. aku rasa, aku dalam ketegori nih.. Hidup yang mengejar impian yang tak pasti dapat dicapai atau tak .
+ Sangat ramai orang pula, hidupnya tidak pernah ada sebarang impian.. Jangan macam tuh.. diorang ada impian, tapi sekadar omong kosong berlompongan, cakap saje.. tapi tak pernahnya nak berusaha. Bukan putus asa, sebaliknya haram tak pernah nak mencuba. Bila orang cakap ayat keramat : Gagal dalam mencuba adalah lebih baik dari gagal untuk mencuba (faham? tak faham? baca ulang2 sampai faham). Dia lah orang yang cam bagus dok repeat ayat tuh. Sedangkan dia tak pernah mencuba2 apa pun dalam hidup dia.. Bila orang lain mencuba.. siap la, ko tengok la dia punya kondem-an..

Jadinya.. aku sangat banyak kali mencuba.. dan aku juga selalu bercerita yang menaikkan motivasi dan kesedaran diri orang. Walaupun mungkin ada yang pandang sinis.. tapi banyak juga yang berjaya aku sedarkan.. Kadang2 gembira juga dengar kata2 mereka, “Jika tidak kerana ko ceritakan pada aku dulu zam… mungkin hidup aku tak menarik, mungkin aku jadi sama cam orang lain.. ”

********************

Nasib Vs Takdir

Aku percaya, dalam hidup nih ada qada dan qadar, sebab itu adalah rukun Islam yang ke 5. Apa yang jarang kita sedari.. ada 2 perkara yang hampir sama dalam Bahasa Melayu kita. Antara NASIB dan TAKDIR.
1 – Nasib adalah sesuatu yang boleh diubah.
2 – Takdir, ini yang tak boleh diubah.

Perhatikan, berapa ramai diantara kita selalu jer cakap.. “Dah nasib aku hidup camnih, nak buat camner…” Sedangkan, “Nasib sesuatu kaum itu tidakkan berubah melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”. Sama jer, persoalan kaum atau diri sendiri. berapa ramai yang pernah cuba nak mengubah NASIB BURUK kepada sesuatu yang lebih baik?

Jadinya lagi.. aku banyak bercerita pada orang, sama cam aku ceritakan pada korang yang baca apa yang aku tulis nih. 😀 . Habis tuh diri aku? mana letaknya. OK!.. Aku rasa.. dalam 100 cerita aku, berjaya membuka mata 10 orang, itu sudah cukup. Walaupun aku tidak berjaya (lagi) menjadi kaya raya atau mewah, atau punyai kekayaan fizikal.. tapi ‘cerita’ aku mungkin diceritakan kemudiannya kepada Melayu-melayu yang lain, ayat aku dipakai untuk menyedarkan pula kawan-kawannya yang lain. Bende positif diulang berulang kali akan membawa kesan yang positif. Begitulah sebaliknya…

Aku sekadar pencerita, mungkin aku cuma dilahirkan bagai ‘pendita’ yang membawa ilmu dan memotivasikan orang.. atau sekadar pelawak penglipur lara, tetapi bak lilin, selain menerangi segelintir orang, mencairkan diri sendiri, yang akhirnya mungkin tiada apa2. Yang ujud cuma bekasan cahaya pada satu detik.. Bayangkan korang sesat dalam gua yang gelap.. kemudian nampak sikit jer cahay. Nah! itulah hebatnya secalit cahaya :p..
Apapun yang pasti, kepuasan hati aku dalam melakukan perkara-perkara sedemikian sudah pun mencukupi. 🙂

Soalan :
1 – Dimanakah korang berada dalam 3 kategori impian tadi?
2 – Ramai tak orang Melayu khususnya yang duduk di kategori no. 3 tuh?
Yang benar.
Pendita Mystic. Hak hak
ori.jpg
*Gambar nih aku lukis sepenuhnya dalam photoshop. 😉