Anda hilang sijil SPM? PMR? STPM? atau sijil ape2 pun? Jangan bimbang!, anda boleh dapatkan salinannya. Fuh! Ayat cam salesman. Hehehe.
Ok!.. Sambung cerita. Begini ya. Aku sendiri dah hilang entah kemana sijil2 PMR dan SPM aku, maklumlah, hidup berpindah randah, bertukar tempat rumah dan sebagainya sebelum ini. Jadi aku sendiri pun tak pasti di mana hilangnya. Cuma aku ada rasa macam sijil aku harituh dicuri bersama folio gambar-gambar yang aku ada. Gambar2 tuh yang mahal, sebab pada aku ia merujuk pada kerja2 yang pernah aku buat. Ada dalam 2 file folder gambar tak kurang setiap 1 tuh dalam 30 mukasurat / 3 gambar 1 page. Ralat betul.
Hari Isnin, aku sebenarnya pergi mengambil salinan sijil adik aku Heri. Awal pagi sekitar jam 8, kami ke Putrajaya menuju Kementerian Pelajaran Malaysia. Dulu dia pergi buat naik komuter dari Padang Jawa, turun Serdang dan ambil teksi ke Putrajaya. Tah ler… dia cerita camtuh. Pastuh bile pergi ngan kete aku, dia bleh kata tak ingat tempat, haih… mmg lemah daya ingatan budak nih. Jadi selepas berpusing2 kira-kira 2-3 kali, baru la jumpe tempat tuh. Nak parking kete plak 1 hal. Aku rasa, nih satu kegagalan perancangan. Tempat parking macam takde kat putrajaya area Kompleks Kerajaan nih. Atau mungkin lebih tepat… tempat parking percuma yang takde kot?
Tapi aku tgk, semua kereta pun cam parking berterabur jer, aku pun join la, parking pacak mana2 bleh. Ada la 1 tempat jumpe selepas berpeluh2 mencari. Pastuh kene menapak sikit ke bangunan yang ada seperti rujukan di atas. :D. Block E11 Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk memudahkan korang yang cari susah jumpe gak, di depan bangunan nih ada bangunan ini :
Bukan TV Pendidikan laa.. tapi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Ada round about ditengah 4 bangunan ya. OK… jadi aku pun masuk dalam bangunan tadi tuh. Aku kering tekak, kedai macam takde area sini, mujur lah dalam tuh ada mesin air tin. Mujur gak ada syiling dalam poket, beli la setin Cincau. Pastuh, adik aku pun pi la tanya kat kaunter, nak amik sijil dia. Dan aku suh dia amik borang untuk mintak salinan sijil . Yang nih untuk aku laa..
Ambil salinan sijil peperiksaan
Secara khususnya untuk panduan semua begini. Prosesnya mudah:
– Isi borang, nama penuh dan no. IC.
– Tahun peperiksaan
– Nama sekolah
*yang lain2 cam no. calon tuh semua tak wajib, ye lah, sape pun tak ingat dah bertahun2 tinggal sekolah tuh. hehe.
– Selepas isi borang, pegi kat kaunter, serah borang dan IC.
– Bayar RM10 untuk setiap 1 salinan Sijil, so kalau korang amik salinan PMR dan SPM bermakna RM20.00 tuuunaiii
– Kalau korang nak diorang pos, ada bayaran tambahan dikenakan.
– Kemudian diberi korang slip, yang ada mende2 patut la, termasuk no. phone diorang.
– Kene tunggu sebulan baru bleh pergi ambil. Kalau pos lebih lambat masanya.
– Setel, hoyeee!
Aku perhatikan, suasana sini hening dan damai, time aku pergi tuh tak ramai sangat orang, kaunter pun cuma ada 2 saja. Akak2 tuh pun kire friendly la gak.
Akhirnya adik aku dah siap amik salinan sijilnya, tapi nama sekolah menengah dia dah jadi lain!??? Afsal? Oh.. jangan terkejut.. korang yang mungkin nak buat nanti pun mungkin sama. Sebenarnya, adalah besar kebarangkalian nama sekolah korang dah pun berubah. Jadinya, tidak hairanlah nama sekolah tertera juga dah lain.
Jadi! Aku adalah pelajar sekolah MAAHAD! (sebab sekolah lama aku amik PMR dulu, sekarang dah jadi sekolah MAAHAD! Hahahaha.. agak2 camtuh la lam sijil PMR aku nanti. 😛 ) – salinan sijil aku akan siap bulan depan yay!…
Ok!.. last shoot. Gambar dari luar bangunan… Kelihatan kaunter kat dalam. lebih kurang camnih la.. (oh! ada refection gambar gue dan adik gue la plak lam cermin tuh.. huhu)
Gua ringkaskan cara kesana:
Pergi ke Putrajaya.
Cari arah kompleks kerajaan.
Cari Blok E11!
*semoga pos ini dapat di manfaatkan ramai orang. Dan kalau korang rasa pos ini membantu, silalah berterimakasih dengan meninggalkan komen dibawah. Tenkiu! (Dan peringatan! : jangan ngada2 nak curi pos aku letak kat blog tanpa link balik kesini, aku saman korang kang! )
*** Nampaknya aku dah mula gagal cabaran 30 hari aku nih, tapi walaupun lewat, aku cuba gak pos ikut hari. hehe.