Korang nak apa? Macam-macam ada… snippets #3

Tah yer ke tidak snippets ke 3, lebih kot.
1 – Last post aku rupanya dah sebulan dulu, lama benar. Yang pasti mmg selalu camtuh pun. Aku cuba update dengan lebih rajin tapi masih gagal. So aku update suke-suke ajer lah..

wad-kecemasan
Aku & Duan menunggu di Jabatan Kecemasan

2 – Bulan May, aku malas nak sambung cerita balik kampung tuh, sebab ape yang jadi aku dah tak ingat sangat kecuali beberapa perkara jer antaranya ialah ;
– aku hantar ayah aku ke hospital Kuala Lipis pada pukul 1 pagi.
– aku dan adik aku Duan #2 masa tuh tgh berpoya-poya makan kat kedai makan terus balik serta merta.
– aku, Duan, mak aku se-kereta antar ayah aku ke hospital,
– jarak dari kampung aku Kuala Lipis kira-kira 35km. Aku memecut selaju 220kmh untuk sampai segera.  (ko ingat Skyline ke?)
– masuk terus depan wad kecemasan. kitorang tunggu kat spital sampai kol 5pagi  dan ayah aku bleh balik rumah…
– ayah aku duk umah baring saja, dia rasa bosan sebab dia jenis tiap-tiap hari mesti buat kerja.
– ayah aku sakit dada , bukan sesak nafas. Punca mungkin gastrik. (tapi ayah aku manade gastrik sebelum nih).
– MINGGU BERIKUTNYA – Ayah aku buat pertama kalinya masuk ke wad dan ditahan selama 3 hari (kalo tak silap) . Pertama kali dalam hidup dia.

Panoramic View Kecemasan Hospital Kuala Lipis
Panoramic Bahagian Kecemasan Hospital K.Lipis *klik untuk besarkan

3 – Esoknya, aku kene antar adik aku 2 orang balik asrama. Sorang kat MRSM Lipis. Sorang lagi kat Sek. Keb. Seri Lipis. (Adik ke #8 dan #9 aku.) Sebelum hantar diorang balik, aku belanja diorang semua KFC dulu, tapau sikit bawak balik untuk adik2 aku yang lain kat rumah.

4 – Adik aku no #8 yang kat MRSM tuh buat pencapaian bagus lagi. Tapi bidang yang pelik. Dia pergi bertanding kat kepala batas 1 masa tuh, bertanding dapat no. 6 daripada 300 lebih perserta kalau tak silap, itupun time dia selsema kata dia. Dia bertanding SILAT!? Tak pernah plak ada rekod silat-silat dalam keluarga aku. 😀 Kire ok la tuh.

5 – Apa lagi aaa…  Oh, pakcik (pak teh) aku sakit2… dah tua gak. Meracau2. Sepupu aku anak dia plak, jaga bapak dia kat spital, dengan dia2 masuk wad. Sakit buah dada pinggang dia tuh la.. Tah mende2 la ko nih Meli (lelaki laaaa), muda2 lagi sakit buah pinggang.

6 – Aku balik dari kampung ke Shah Alam sorang2. First time aku try kete buruk aku nih jalan jauh, maintain steady jer… No problem…

*******

7 –  13 Mei 2009 : Aku pegi jalan2 ke Perak. Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak. Lepak2 tgh geng2 se-brand race kat track. Pergi balik hari saja. Pegi pagi, balik malam. Pegi naik highway, balik lalu kot jalan dalam. Seksa giler ikut Sabak Bernam semua tuh!.. Malas la nak citer panjang2.  Ujung tahun nih ada lagi, insyallah… aku nak try masuk plak. 😀

Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, Pasir Salak
Litar Dato Sagor, Kampung Gajah, Pasir Salak - klik untuk besarkan

8 – Ujung bulan plak… 28 – 31hb Mei. Aku ke rumah adik pompuan aku #3 kat Semanggol Perak. Aku dapat anak buah baru. Anak ke 4 . Aku pergi ke Perak sebab nak amik absorber, ambil sparepart, nak repair kete aku itu ini,  sambil2 tgk anak2 sedara.  Gerak sekali ke Perak dengan ‘anak sedara ipar'(angah) dan ‘abang kepada adik ipar'(abg Sahak) aku . 3 orang la kirenyer. Abg Sahak nak pi tgk pak sedara dia yang dah tenat, dia pegi ngan kete aku jer, kete Kia Karnival dia tinggal umah, dia balik semula ke s.alam esok petangnya. Kitorang gerak pukul 12.00 malam, sampai kol 3.30 – 4.00 pagi lebih kurang.

9 – Tgk anak sedara baru lahir tuh asik tido saje. Nama dia, Nur Nadia Balqish. Adik pompuan aku Nor #5 dan-dan jer ada. Pastuh ngepau aku RM50 sebelum balik Uitm Seri Iskandar. Ceh! Petang Ahad tuh ajak anak buah pegi jalan Zoo Taiping, tapi hari sudah gelap. Aku tau ada geng2 deparment lama aku iaitu Majalah G3 ada wat function situ sekali ngan Majalah Libur. Tapi aku call, diorang dah nak balik.. tapi aku pegi gak situ sebab nak jenjalan jer…. Tapi…itu kaunter tiket tutup awal. Tak bleh masuk dah! hampes… bawak anak buah main kat taman ada monyet depan zoo. Pastuh bawak diorang pegi makan. Ikmal nak suh aku belikan belon Ultraman. Aku nak beli 3 sekaligus. Ada belon Kitty untuk kakak, dan belon doraemon untuk Izwan. Tapi aku tanya2 rege dia satu RM5!. Bapak budak2 nih kata tak payah la.. mahal nak mampus. Mmg pun! Kalau RM3 setiap 1, aku beli gak . Sian anak2 sedara aku… Tak cukup duit… Aku plak tak cucuk duit time tuh.. abis bayar makan minum tadi jer. 😀 .

10 – Aku repair absorber pagi semalam ( Sabtu). Lepas tukar absorber depan, pomen pasang spring belakang kete aku, kete aku jadi tonggek!. hari sudah petang. Hari Ahad bengkel tutup. Aku kene tunggu hari Isnin nak cari tempat nak bakar spring kete aku supaya rendah semula.

11 – Isnin, amik cuti emergency laaa.. Sudah call Afif the boss semalam bagitau. Petang jugak baru siap bikin spring. Petang jugak terpengaruh beli ekzos. Aku sudah habis banyak duit lah! Petang pukul 7 balik S.alam. Pukul 10.00 aku sampai!.

12 – Aku termenung nih, duit dah hampir kering, job luar dah merosot teruk sejak kegawatan ekonomi nih, income iklan2 ke apa ke macam dah takde dah skang nih. Payment2 job2 luar ada yang tak bayar lagi. Yang hutang duit ngan aku pun, call tak angkat, sms tak jawab, tangguh, alasan itu ini, yang buat tak tahu pun ada. Nih yang menyampah nih…

13 – Sebenarnya bukan pasal ape sangat… nak makan lepas sangat. Cuma… malam kang (12 jun), aku nak Kenyir. Hujung bulan nih pulak (25hb) aku kene ke Uitm Arau, Perlis hantar adik aku Fadhil #7.  Abang dia Pizan #6 belajar sana gak. 2 adik aku duk sana. 😀 . Bermakna, aku nanti akan buat perjalanan yang sangat jauh lagi sekali. Merentas beberapa negeri tuhhhhh… aku terbayangkan kepenatan yang amat nih…

Sigh….