Balik kampung dan kereta kancil bodoh – Snippets style

Wah!.. sedar tak sedar dah lama benar aku tak balik. Rupa-rupanya, aku last balik kampung adalah Raya Haji 2008!. Iaitu kira2 hampir 6 bulan dulu atau dalam bahasa yang lebih menyayat hati ialah setengah tahun dulu!. Patut lah mak aku telepon asyik tanya bile nak balik, bile nak balik. Hehe…

viva-mystic

1 – Arituh masa cuti Tahun Baru Cina, masa semua orang balik, aku tak balik. Sebab duit dah habis.  Lepas tuh susah nak balik sebab banyak sangat kerja hatta di hari minggu seperti mana yang aku dah ceritakan sebelum2 ini.

2 – Jadinya aku mengambil cuti dari 1hb Mei hingga ke 5hb Mei dengan menggunakan cuti ganti berkursus ESQ165 pada 2 minggu lepas sebanyak 2 hari iaitu digunakan pada Isnin dan Selasa. 😀 So aku dapat 5 hari straight!.

3 – Aku nak balik pada malam 30 April, tapi firasat aku mengatakan, jalan Karak Hiway akan menjadi amat sibuk sebab ramai orang balik ke pantai timur sempena cuti 3 hari (Hari pekerja + sabtu + ahad). Dan ternyata ia adalah benar seperti yang disangka. (Orang kelantan pantang cuti panjang sikit, mesti balik 😀 ). Aku merancang balik pada 1Mei malam. Tapi…

4 – Kereta aku tengah sakit, yakni tayarnya tidak stabil menjadikannya macam kuda. Jadi aku ke kedai tayar pada petang 30 April malangnya nak ke Jalan Kapar Klang itu jammednya tahap tak bleh percaya! Dan aku sampai lewat ke kedai tayar yang mana sudahpun ditarik pintu. Ada beberapa kedai tayar lain, malangnya harganya berbeza mak datuk. Aku tanya “Esok ada bukak ka?”.  Itu olang kata : “Esok cuti loooo… Sabtu pagi pukul 9 balu bukak looo…!” Aiyaaa!!!

5 – Jadi aku rehat2 aja dirumah pada hari Jumaat 1 Mei itu. Malam itu aku pegi cucuk duit 1K sebab nak tukar tayar dengan Rim sekali alang-alang. Tapi banyak mesin Maybank Out Of Service! Mungkin semua orang keluarkan duit sebab nak balik kampung. Yang tinggal nasib baik ialah maybank besar kat BlueWave hotel tuh jer. 😀

6 – Jadinya pagi2 Sabtu lagi, aku bangun awal2 sket, pegi itu kedai tayar, ngam2 aku sampai sana dalam pukul 9 lebih sikit tapi…. ramainya orang juga mau repair tukar tayar loooo… Kedai lain juga banyak tutup looo… Selepas memilih2 rim 16 seken, ada la 1 yang aku berkenan walaupun selera aku pelik sikit selalunya. Dan pasang tayar baru terus. Tapi aaa… itu rim kene guna skru tayar baru juga.. Lagi mau tambah wang. Itu tayar mau tubeless lagi mau beli itu kepala tubeless lagi mau tambah wang!. Aiya bolui la ini maciam loooo… Nasib baik itu blader ada mulut manis sikit aa cakap. Wa ok saja loo… Walaupun kelita aku buluk, dia layan aku baik. Aku kasik angkat la itu rim sama tayar dengan harapan masalah henjut2 kereta aku setel. Lepas pasang, wa bikin master alignment sekali. So OK semua, talak goyang2 lagi. tapi sikit ada rasa berat la berbanding rim lama yang kecit bangat tuh.

7 – Pukul 11 lebih itu macam, sulah siap. Wa pun balik lumah mandi2. Bawak selai dua baju dan seluar, wa punya beg tak tau mana letak! So letak dalam plastik bodo jer letak kat dalam bonet. Kat kampung ada lagi baju spare kat sana. Talak kisah looo.  Pukul 12, gerak balik Pahang. 1 orang saja woooo… Layan beb!

8 – Wa banyak benci itu kereta kancil sohai!. Masa dalam perjalanan lepas keluar dari karak. Dari Bentong ke Raub, bukan sekali 2 aku kene! Banyak kali. Sialan betul. Itu jem panjang aaa.. lu tau ka apa punca? itu depan sekali aa.. selalu ada kereta kancil sohai bodoh yama hai!. Bawak banyak slow macam bapak dia punya jalan. Wa tak tau.. dia ingat dia sudah laju gile ke? sebab belakang dia berderet orang!. wa tau.. itu kancil aa.. bawak 100kmh sudah rasa laju sangat sebab wa pernah bawak. tapi wa bawak 140kmh juga. Kalau lu mau bawak slow, lo kasi tepi dulu, kasi semua orang potong. Ini adalah peringatan ikhlas semua pemilik dan pemandu kancil. Apa yang lebih menyakitkan hati… ada 2 bijik kancil duduk dekat2 depan tuh. Kadang-kadang, lori air batu pun jauh laju dari diorang!. Wa bukan kene sekali… tapi sudah banyak kali. Tak caya tanya la sesapa. Yang lebih sakit hati yama hai.. Ada yang duk ngan awek berendet dalam kereta kancil tuh… lentok2. Padahal belakang dia ada 20 orang duk que nunggu nak potong. Sohai!

9 – Tapi ini cerita baru… Aku juga rasa tak percaya aaa… Itu VIVA pun sama sohai. Lembab jugak. mungkin dia pun bawak 100kmh dah rasa laju. Sumpah! 2 kali aku sangkut belakang jem panjang2 tuh rupanya kat depan sekali VIVA!. Hampeh betul!.  So peringatan buat owner viva gak. Kalau belakang korang dah panjang que kereta… paham2 la samada… korang bodoh, atau bawak lembab nak mampus. So ketepi dulu samada berenti biar orang potong… atau pecut lebih laju lagi dan lagi. Itu saja… mudah bukan? Yakni sebelum ada orang lain memotong 5 kenderaan sekaligus dan mati sebab dah tak lepas kerana bertembung lori atau kereta lain kat depan. Yang mana korang adalah penyebabnya!. Ini terjadi masa tuh, nasib baik aku nih bagi can 1 Waja tuh masuk celah aku dan kereta depan, kalau tak. Mmg berkecai la… Manusia bleh hilang sabar maa… kalau que panjang2 dengan panas2, kalut2 urusan sendiri camtuh.

10 – Faktor jalan dari Bentong ke Raub itu sifatnya pumping tahap rally, so aku andaikan, dengan kereta seringan viva dan kancil (tambah2 yang potong spring atau spring sport) akan melantun2 macam belon. Jadi 100kmh adalah tahap laju sangat pada diorang. Walaupun jalan lurus, nak memotong adalah sukar kerana kereta dari arah hadapan juga adalah laju. Sementelah banyak lori. Tapi kadang2 bukan jalan tuh pun sama gak. Kancil (dan viva) selalu jadi spoil!. Tapi tak pulak kelisa (sebab enjin dia lebih power dan berat sikit aku rasa).

11 – Refill minyak aku kat Petronas Raub. Dan masuk jalan Raub – Sg.Koyan dan menyedihkan!. Jalan yang dah berpuluh tahun bahkan jalan alternatif ke Kelantan itu masih dalam keadaan teruk seteruk-teruknya! Berlubang sana sini, tampal sana sini, tak rata sana sini.

12 – Dan ini aku Warning Dato’ Seri Adnan Yaakob merangkap Menteri Besar Pahang yang dah berapa penggal. Kalau macam nih lah… Aku rasa, ada can BN dan Umno akan terlingkup pulak di Pahang dalam PRU13! Sejak aku sekolah menengah sampai skarang, jalan tuh tak pernah diturap semula secara total!. Dan perlu diingatkan Dato’, anak2 peneroka Sg. Koyan (yang mungkin beribu2 jadi pengundi baru) dan kawasan sekitarnya mungkin dah simpan dendam yang dalam untuk menggulingkan BN di Pahang. Apatah lagi mereka disajikan jalan seteruk itu setiap kali balik kampung!. So Dato’ Adnan Yaakob. Anggaplah ini Friendly Reminder!. (kalau ada orang2 dato’ baca, atau orang-orang kerajaan Pahang) bawak2 fwd mende aku cakap nih. YB Wan Rosdi Adun Jelai dan! MP Cameron Highland K. Devamani pun wajib pandang bende nih. Jangan terantuk baru nak tergadah!. Ingat! Orang Melayu nih sifatnya simpan dan pendam tunggu balas dendam. Yg tua2 tuh kalau kene pengaruh ngan anak2 diorang.. Abis laa… Aku dah bagitau dah nih…

13 – Dan aku sampai kerumah aku lewat jam 3 petang lebih kurang. Nanti aku sambung lagi kisah balik kg nih. 😀