Balik kampung sempena hari raya

Aku tau, sejak petang tadi dan sampai sekarang pun masih jammed kat laluan ke arah kelantan dan pantai timur yang lain. Menurut hasil siasatan saya (wah, ayat cam biasa dengar), berdasarkan status update di twitter dan beberapa traffic info bahkan banyak twitter post, mmg kata karak jem teruk. Sebenarnya bende nih dah lazim, setiap kali raya dan setiap kali balik raya.

Tengok status jem nih, dari twitter : hihi Fizo Omar (ore kelate ruponyo) sangkut lebih 8 jam, tak sampai merapoh (kampung nenek aku) lagi. Adehh…

 

Walaupun kampung aku kat Kuala Lipis Pahang, tapi aku tetap tumpang kesesakan sama dengan orang balik ke Kelantan. Sedia maklum lah, yang orang Kelantan nih raya hajinya lagi meriah dari raya puasa. So jap lagi, aku anggarkan jam 1 – 2pagi aku akan gerak ke Pahang dengan 2 orang lagi. Sorang kawan (Faizul) kampung berdekatan dan sorang lagi adik aku Pizan.

Aku harap2 sampai jam 3 atau 4 pagi la. Sebab normal drive dalam 3 jam. Walaupun rekod lazim aku lebih kurang 2 jam 30 minit untuk jarak 194km, kalau ikut raub-sg koyan, atau lebih 200km kalau ikut bandar lipis. Ini berdasarkan google map distance.

So, tengok cuaca pun asyik hujan jer nih kat Shah alam, tak tau la belah sana hujan ke tak. Kalau hujan sah lagi lambat. Menurut abang sepupu yang duk somewhere in Kuala Lipis, sana tak hujan. Kalau jalan basah, licin dan berbahaya, aku pun x leh layan korner cam biasa la..

Hopefully.. hopefully, kol 1 ke atas tuh dah kurang kereta la, jalan lengang tuh mustahil aku rasa. Mesti banyak kete gak.

Jangan ramai orang planning nak gerak jam 1pagi 2 pagi cam aku gak sudah.

Ok!. Done for today, blah jap gi makan, amik duit, isi minyak kete siap2 dulu.

Selamat hari raya lagi sekali!  calos. adios.