Hari nih aku tak berapa nak ada mood nak update blog. Malas gak nak pos2 heavy, nak rilek sket.. hehe.. Sebab rata2 orang semua dah mood beraya. Bahkan, aku rasa dah ramai yang bergerak balik kampung malam nih. So drive dengan selamat, jangan laju sangat sampai tak sempat brek. DAN! JANGAN PERLAHAN atau TERHEGEH-HEGEH sangat sampai menyusahkan pemandu2 yang lain. Signal bagi kalu nak masuk simpang, nyelit boleh tapi sampai 40 orang menyumpah, nanti ko tak selamat tawww… 😀
*Apalah makna raya kalau tak menyesakkan jalan raya kan. >_<
*gambar curi kat wikipedia, sebab tuh plet dia kaler putih hahaha.. Â
Aku cuma akan balik kampung esok malam. Sah2 jem teruk, lebih teruk dari hari ini agaknya, so esok aku plan, aku akan gerak kol 2 atau 3 pagi. Sampai rumah kol 4 takpun 5 pagi. Harap2 time tuh dah lepas waktu kritikal. Seb baik lah kampung aku tak jauh sangat, dalam 2 – 3 jam jer perjalanan. Tapi aku pernah driving cecah 6 jam nak sampai kampung aku time raya. Mati la.. lenguh kaki. Tak leh imagine gak yang balik beraya ke Kelantan dari KL tuh, sampai 12 – 20 jam pun ada. Adoi… tapi tuh la… kita sama2 sealiran melalui Gombak – Karak Hiway – Bentong – Raub .
Hari ini, aku buat keje sket2 yang tak berapa sempat nak siap, balik kampung pun mungkin aku akan buat kerja lagi kat rumah. tapi tuh la, line kat kampung aku cam hampes sangat. Tah mana dana jalur lebar cecah 1 billion tahun lepas tuh pun tak tahu. Masuk poket makcik dan sedara mara mereka gamaknya. >_<
Hari nih, kedai2 makan yang di tenagai pekerja selatan thai dah mula tutup sejak semalam lagi. mencari makan juga agak susah. Aku gi ushar kedai ayam penyek pecel lele padang jawa tuh pun full house. Semua muka lapar haha… So aku pegi la cari kedai2 lain yang terpencil. Ada la kedai makcik pakcik jual Jem Breng Seng tuh… so aku makan…
Nasi goreng ayam campur sekali harung terus. 😀
Nasi goreng nih bleh tahap gak layan. Makcik nih masak tak pakai cili bawang ape semua awas tuh yang dah siap blend. Tapi dia siap pakai lesung batu taww… Kalau wat nasik goreng kampung, siap ikan bilis ditumbuk2. Lain feel dia. 😀 Macam rasa nasik yang mak mak kita masak kat kampung dulu time zaman takde blender haha..
So lepas makan, balik la wat keje. Konon2 plan nak balik pagi nih, kol 3 4. Â Tapi aku tak beli lagi printer mak aku kirim untuk kakak sepupu aku kat kampung. Esok aku gi beli. Selain tuh gak adik aku Pizan keje la plak esok. Dia baru masuk keje kat Honda Shah Alam. So dia tak plak mintak cuti untuk esok (Khamis). Adeh… xpe la… esok pun esok la… pagi raya pun pagi raya la balik.
Cuma diharap jalan tak terlalu padat dan ketat…
That’s all folks! ♥ ♥ ♥