Hari ini tarikh yang bersejarah dalam dunia, di mana Felix Baumgartner dengan sponsor utama yang suka buat kerja2 extreme nih iaitu Redbull telah berjaya membuat penerjunan dari atmosfera bumi turun kebawah. Yup, terjun kepala dulu. Sebenarnya, saat terjunan tuh adalah hari Ahad (kol 1-2 pagi hari ini -Isnin-waktu Malaysia) bagi negara sebelah sana iaitu kira2 lebih 12jam perbezaan waktu.
Layan je la video dari Project Redbull Stratos nih.
Dah berapa kali percubaan nih tergendala, sebab faktor2 yang macam2, angin la, awan la, hujan la…. Pandai betul branding redbull nih, tiap kali nak terjun tak jadi pun orang hebohkan, 4 kali tak jadi pun tv dah mainkan, paper dah siarkan. Terbaek ah advertising (viral marketing?).
Mungkin pandang remeh jer, ape la sangat terjun. Ye ke? Silap sikit boleh mati woo. Dengan mencecah kelajuan bunyi, iaitu lebih 1000kmh (malas nak kire bape yg tepat). SATU RIBU bukan 100 okay, 100kmh tuh kelajuan kete korang hehe. Tuh pun ada saman hamjadah kene haha. Dengan jarak tinggi giler, iaitu 39,045 meter, merangkap 39.045 km. tak tinggi? ok ukur jarak jauh korang driving 40kmh, sekarang tegakkan ke langit ha.. jauh? ;D
Dengan kelajuan 1000kmh, tak boleh buat silap sket, bayangkan kalau terpusing tak boleh nak betulkan. Bayangkan kalau dah laju gila, camner korang nak stop? silap2 nak gerakkan jari pun susah, apatah lagi katanya tekanannya melebihi 5 kali daya gravity? Oh… silap2 otak tak bleh jalan oh..
Ok… itu yang terjun, sebelum buat terjun nih, diorang buat terbang. Yapp.. jadi superman, aku lebih enjoy feel yang ini >_< Tapi mungkin pasal video atas full x kuar lagi. tapi aku tetap rasa lebih feel yang ini. Terbang tanpa sebarang enjin, terjun dan terbang dengan baju bersayap, sungguh Ohsem dan menakutkan at the same time. Enjoy!
Tapi kalau kat malaysia nih, ada orang suka nih, banyak saman dia bleh dapat kot… Mak tak kisah lah, janji komisyen mak masyukkkkk! Pedulikan, jeles lettewww 😉