8 Tips : Saya pun nak jadi designer juga! Macam mana?

Hari nih tak tau nak update pasal apa. Kalau pasal life, rasanya 2 3 hari nih aku tak de berjalan ke mana2 sangat. Banyak menghabiskan.. errr, memanfaatkan masa dengan buat kerja. Nak kata gi makan jalan2 ke luar pun takde ke mana2 sangat. Jadi, lepas pikir2, aku rasa malas nak pos bende berat2 lagi… hari nih aku nak citer pasal…

“Macam mana nak jadi designer?”

*malas nak mendesign khusus untuk topik nih, aku banyak keje tak setel nih.
* Courtesy of Pergh.net merangkap cover fb aku hehe
😀

Ok,  pertamanya dengan rendah hati, jiwa dan raga (ceh!) saya tidak mendakwa bahawa saya orang yang pakar disini, saya cuma salah seorang dari ribuan designer di luar sana, tidak lebih tidak kurang. Cuma kadang2 ada orang bertanya saya, dan nak saya bantu atau guide diorang supaya boleh buat kerja macam saya.

Sebenarnya dalam bidang design atau mereka bentuk ini, ada 2 pecahan utamanya iaitu :

  1. Pergi lah masuk belajar di IPTA atau IPTS yang berlambak di luar sana, pilih bidang yang berkenaan.
  2. Belajar Sendiri.

Ok, lazimnya yang bertanya aku tuh kerana tiada option 1. Barangkali kurang bernasib baik, atau dulu malas, sekarang baru nak rajin.  Ada juga yang barangkali terinspirasi dengan apa yang aku buat, ada juga yang kerana desakan hidup. Tidaklah aku ini senang orangnya, aku pun banyak pahit dari manis juga dan ranjau berliku lintang pukang terkangkang tersembam semua aku dah lalu. Pernah dapat payment berpuluh2 K (tapi boleh habis dalam masa sebulan?), pernah juga tinggal seringgit dalam poket bahkan sampai meminjam untuk nak makan. Pernah. 

Selain itu juga, ada yang dulu nya barangkali belajar di IPTA/S bidang yang berkaitan, agaknya lepas tuh dia dah habis belajar keluarnya dari IPT nak kerja semua tempat reject dia, berpuluh2 tempat interview tapi tak dapat2 kerja. Sebab apa? Sebab tak sampai tahap Industry Standard? Sebab sekadar tahu basic? Ya, itu antara jawapan terbaik.

Dalam bidang creative ini, baik apa juga klasifikasinya samada multimedia, videografi, web, printing dan bidang-bidnag sewaktu dengannya… yang paling penting ialah HASILNYA. Setakat tahu menggunakan software, itu siapa2 pun tahu, tapi kalau hasil kerja anda di bawah paras par, maka anda patut sedar diri (dan saya juga).

Dunia kreatif ini adalah sentiasa berubah, saya sendiri pun risau jika 1 masa saya sudah kurang konsisten atau gagal mengikut trend semasa. Tidaklah saya katakan soal usia, saya bukan seperti kebanyakkan Melayu : “Melayu mudah TUA”. Sedangkan Mat Salleh diluar sana, lagi tua, lagi hebat ilmu teori dan praktikal skillnya. Tapi sebab bangsa Maleis ini mudah sangat nak give up , sebab tuh dia tak mahu berkembang lagi, bukan tidak boleh tetapi tidak mahu. Mudah sangat membataskan diri.

Got that? Good, cukuplah membebel mistik! (harap bebel ada makna >_< )

Sekarang, macam mana saya nak jadi designer lebih bagus? 

Ambil 8 point ini, mungkin ada lebih point, tapi aku suka taip ikut suka aku je, aku punya suka la blog aku haha. Kalau suka boleh pakai, tak suka boleh abaikan dan kutuk aku. No hal bro.

*disini saya terangkan secara general, umum, tiada pengkhususan aplikasi, nanti kalau khusus punya saya buat topik khusus.

Tips, saya nak jadi designer yang lebih baik! 

  1. Jangan setakat tahu guna software terbabit, tapi masterkan diri dengan keseluruhan fungsinya atau sekurang2nya 70% aplikasi tersebut, setakat tahu saja, zaman skarang, budak darjah 6 pun boleh!.
  2. Jangan cuma tahu software tersebut sahaja, tapi kene pandai juga guna software berkaitannya. (contohnya, jika kerja buat edit video, bukan hanya Adobe Premier, tapi tahu guna Photosop dan After Effect juga!)
  3. Jangan terlalu berharap pada fungsi basic di dalam software, menggunakan software kreatif juga perlu lebih kreatif! (tak paham? baca ulang2 kali ayat nih sampai faham). Cuba guna semua function yang ada dengan sesuka hati kamu.
  4. Rajin explore trend terkini,  tidak kira genre kreatif mana pun. Jangan zaman orang pakai font Helvetica Neue korang masih terhegeh2 pakai font ‘Times New Roman’. Tuh yang jadi logo janji di tepati cam haprak tuh hahaha. Bengong!
  5. Cuba pelbagai gaya dan jenis design, jangan wujudkan perasaan FAVOURITE pada satu satu gaya sahaja! Jangan deny client/boss request hanya kerana tak suka style kamu. Walaupun kadang2 kehendak client/boss korang tuh mengarut dan memang kita tak suka T_T.
  6. Warna, setiap tahun sebenarnya ada TREND WARNA. Yang nih locally tak berapa alert. Kecuali macam designer fashion, setiap tahun designer fashion sedunia ada trend color sendiri. Boleh pakai juga untuk lain2 media sebenarnya bahkan memang ada trend color untuk designing, samada printing mahupun web dan lain2.
  7. Jangan syok sendiri!. Yang nih paling ramai orang tak sedar dan aku sendiri paling takut kalau berlaku. hahaha
  8. Rajin! INILAH YANG PALING PENTING SEKALI.

 

Saya satu masa dulu pernah melatih orang yang tak pandai dan tak kreatif sangat, tapi daripada tak pandai melukis, dia boleh melukis. Juga pernah mendidik beberapa orang yang tak tahu software kreatif kepada pandai menggunakannya padahal mereka tidak berbakat mana, cuma minat yang kuat dan tekad dan usaha berterusan.

Saya percaya, kehendak yang kuat memungkin segalanya berlaku.  Jika saya tidak punyai kehendak yang kuat, mana mungkin saya boleh : Mendesign web dan printing dan flash dan multimedia dan…, memprograming, merepair-computer, meracing, membina-bangunan,  men-segala-bagainya lagi yang kalau saya senaraikan, 3 hari pun tak habis. Bahkan, saya bukan golongan yang punyai option 1 seperti awalan pos tadi, tidak pernah saya rasa rendah diri dan berselindung bahkan tidak juga saya mendabik dada. Bersyukur, kerana menjadi seorang Street Smart hasil dari otak kurniaan Allah s.w.t

Barangkali sesuai dengan kata pujangga : “Tidak ada orang dilahirkan bodoh, yang membezakan ialah rajin dan malas.” ! anonymous.

“RAJIN menentukan keberjayaan, manakala BAKAT cuma 1 kelebihan.” ~ Nizam Ahamad. 

 

*apa2 pun, perjalanan saya masih jauh. Belum cukup berjaya mungkin.